Skip to main content

Umno Tetap Parti Haram, Pemilihan Umno Tidak Sah.


Bekas veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim berkata, UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang surat tunjuk sebab kepadanya atau memanggilnya untuk menjalani inkuiri disiplin sebelum dipecat.

Menurut laporan Malaysiakini, Bekas veteran Umno itu berpendapat surat penangguhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah memberi suatu penghakiman yang sahih.

Menurut Rais ini kerana surat ROS itu dianggap tidak sah, kecuali dibuat pindaan pada Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan perkara itu.

“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih," katanya.

Seksyen 14 Akta ROS merujuk kepada maklumat yang perlu diberikan oleh pertubuhan-pertubuhan, perintah pendaftar (ROS) supaya maklumat diberi, pendaftar (ROS) meluluskan audit dan perintah sementara (ROS) untuk pembubaran.

“Jika diiktiraf kuasa ROS, maka pindaan kepada Seksyen 14 Akta Pertubuhan sekurang-kurangnya harus dipinda iaitu mengatakan apa-apa pemanjangan yang dibenarkan ROS bersabit parti politik atau pertubuhan adalah sah.

“Jika itu tidak ada, surat ROS itu saya pertikaikan tidak sah sebab kuasa perlembagaan parti lebih besar daripada surat (penangguhan ROS).

“Jika begitu buat apa kita ada perlembagaan, habis satu fasa sambung lagi, habis satu fasa sambung lagi, jika ini berlaku maka jahanamlah parti politik itu di bawah telunjuk seseorang pegawai yang mengepalai persatuan iaitu ROS,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.

Menjelang PRU14, Rais berkata Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, pada 19 April 2018.

Rais juga menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

Sebelum pemilihan parti 30 Jun lalu, kali terakhir Umno mengadakan pemilihannya adalah pada 19 Oktober 2013.

Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.

Justeru katanya, sekiranya Fasal 10.16 itu dicabul, maka pemilihan tersebut juga tidak sah dan ia perlu dibawa ke mahkamah tinggi bagi mendapatkan keputusan berkaitan status Umno.

Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.

Bagaimanapun, Umno menangguhkan lagi pemilihan parti itu untuk kali kedua dari 19 April 2018 ke 30 Jun 2018.

Pemilihan Umno minggu lalu menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden baru manakala Timbalannya ialah Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan kekalahan BN, susulan daripada itu Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan presiden Umno dan juga pengerusi BN.

Sementara itu, Rais berkata pemilihan Umno kali ini menunjukkan akar umbi parti itu tidak mahu perubahan sebaliknya hanya sambungan kepada pemerintahan Najib.

Namun sekiranya Khairy Jamaluddin atau Tengku Razaleigh Hamzah dipilih, sudah tentu memperlihatkan perubahan dalam Umno.

“Saya fikir bahagian tak nak berubah sebab mereka fikir dalam zon selesa jadi mereka tak nak keluar kepompong itu. Mereka nak setiap bulan dapat duit, ada duit ada kerja. Tak ada duit diam dulu.

“Ini bukan yang kita maksudkan ketua bahagian masa depan kita tak payah bayar duit. Dia kerja sukarelawan tapi ini tak ada. Dan parti politik yang tak ada ini akan hancur masa depannya,” katanya.

Rais turut menyarankan, jika Umno ingin berubah, parti itu perlu terbuka menerima teguran serta jawatan presiden, ketua bahagian dan cawangan parti itu haruslah diganti setiap dua penggal. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...