Skip to main content

Tekanan Politik Supaya Rakyat Malaysia Tolak Umno Sertai PPBM


Sudah tiba masa orang Melayu mengubah persepsi bahawa hanya Umno yang boleh melindungi mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu boleh memberi kepercayaan penuh kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengambil alih peranan UMNO untuk membela dan melindungi mereka.

Tun Dr Mahathir memberi perakuan bahawa PPBM tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan UMNO yang telah lari daripada perjuangan asal untuk agama, bangsa dan negara.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Dr Mahathir mengharapkan kebencian terhadap Najib akan mendorong ahli dan para pemimpin Umno menyeberang menyertai PPBM bagi membolehkan parti pimpinan beliau menggantikan Umno menjadi "pelindung" baru orang Melayu.

PPBM perlu menjadi satu parti yang kuat seperti rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH), kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan niat untuk bersaing dalam Harapan, tetapi amat penting kita perlu menjadi sama kuat dengan mereka,” tegas beliau.

Untuk rekod, PPBM hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen berbanding PKR 49 kerusi dan DAP 42 kerusi. Umno masih mempunyai jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu 52.

Jadi, apakah caranya untuk PPBM menjadi parti yang kuat pada masa yang singkat? Dr Mahathir memberikan bayangan paling jelas minggu lalu dalam ucapan perasmian program Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM peringkat kebangsaan di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.

“Bagi orang Umno yang terima hakikat sebenar parti itu jadi alat (Datuk Seri) Najib (Razak), saya yakin mereka akan tinggalkan parti yang dihancurkan pemimpin mereka,” kata beliau, selepas Najib diheret ke mahkamah untuk didakwa awal minggu lepas.

Kata-kata di atas jelas menunjukkan Dr Mahathir mengharapkan kebencian terhadap Najib akan mendorong ahli dan para pemimpin Umno menyeberang menyertai PPBM bagi membolehkan parti pimpinan beliau menggantikan Umno menjadi “pelindung” baru orang Melayu.

Justeru, ramai pengamat politik melihat langkah pembekuan pelbagai akaun berkaitan Umno berikutan siasatan 1MDB bukanlah suatu “kebetulan”. Terbaru akaun bank yang dibuka Umno Pekan bertujuan mengumpul dana bagi membayar ikat jamin Najib turut dibekukan.

Akaun berkenaan dijangka akan dibekukan untuk satu jangka yang panjang memandangkan SPRM baru sahaja menyebut bahawa siasatan 1MDB hanya siap 50% dan kini mula bergerak memasuki fasa mencari bukti di luar negara.

Berapa lamakah Umno boleh hidup dengan akaunnya terus dibekukan?

Mujurlah setakat ini tiada kedengaran laporan bahawa akaun presiden baru Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dibekukan meskipun beliau adalah antara individu yang menjadi sasaran siasatan SPRM.

Mampukah Zahid membekalkan “minyak” secukupnya untuk Umno terus berfungsi dan mengikat kesetiaan ahli serta pimpinannya dalam menghadapi tekanan politik ini?

Persoalan lebih penting, apakah Zahid mempunyai cara untuk menghadapi tekanan politik yang jelas bertujuan memaksa ahli dan para pimpinannya supaya patah hati dan akhirnya membuat keputusan meninggalkan Umno?

Berapa ramaikah ahli dan pemimpin Umno yang bersedia mengharungi air deras ini bersama Zahid, sekiranya akaun Umno terus dibekukan dan Umno diharamkan?

Berapa ramaikah antara mereka yang akan memilih menyeberangi sungai untuk bersama PPBM seperti diharapkan Dr Mahathir?

Sekiranya Umno 2.0 diharamkan, apakah peluang parti itu untuk menubuhkan Umno yang baru? Tipis. Ini kerana Dr Mahathir telah “menawarkan” PPBM sebagai pengganti Umno 2.0 yang sebenar.

Justeru, sukar dibayangkan permohonan untuk menubuhkan Umno 3.0 akan diluluskan dengan mudah.

Lebih menarik, apakah PKR akan duduk diam melihat drama ini atau akan turut serta berebut Ahli Parlimen Umno untuk menyertai parti tersebut daripada membiarkan mereka menyertai PPBM, sekali gus mengekang pengukuhan pengaruh Dr Mahathir? - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...