Senarai Penuh Kabinet Malaysia Kerajaan Pakatan Harapan


Sebelum ini senarian penuh Menteri Kabinet Malaysia telah menjadi satu tanda tanya bagi rakyat Malaysia.Kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad ini akhirnya telah pun terjawab selepas hampir dua bulan Pakatan Harapan berjaya merampas kedudukannya dalam PRU14.

Pada hari ini berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet telah diadakan pada 2 Julai, pukul 11.00 pagi di Istana Negara.

Kesemua 13 menteri dan 23 timbalan menteri telah pun mengangkat sumpah,di sini juga telah disediakan senarai-senarai menteri-menteri yang diberikan tanggungjawab dalam membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Pada 18 Mei yang lalu, kabinet teras telah pun dibentuk dalam kerajaan Pakatan Harapan. Hari ini, kerajaan PH telah mengumumkan senarai lengkap kabinet Malaysia.

Berikut adalah senarinya.

Menteri Kabinet:-

Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri Pembangunan Usahawan: Mohd Redzuan Md Yusof





Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Dr. Xavier Jayakumar


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Saifuddin Nasution


Menteri Kerja Raya: Baru Bian


Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Industri Utama: Teresa Kok Suh Sim Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

Menteri Wilayah: Khalid Abd. Samad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang): Datuk Liew Vui Keong

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Ignatius Darell Leiking

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Mohamaddin Ketapi

Senarai Timbalan Menteri: -

Timbalan Menteri Wilayah: Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial): Dr. Md. Farid Md. Rak

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Amiruddin Hamzah

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Eddin Syazlee Shith

Timbalan Menteri Industri Utama: Shamsul Iskandar Md. Akin

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Sim Tze Tzin

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar: R. Sivarasa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Kesihatan: Dr. Lee Boon Chye

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Chong Chieng Jen

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

 Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr. Ong Kia Ming

Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Mahfuz Omar

Timbalan Menteri Kerja Raya: Mohd. Anuar Mohd. Tahir

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan: Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang): Mohamed Hanipa Maidin

Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Kamarudin Jaffar

Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Mohd. Azis Jamman

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Isnaraissah Munirah Majilis