Skip to main content

Rakyat Perlu Tuntut Janji Manis Manifesto Kerajaan Baru.


Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia memastikan kerajaan baru melaksanakan pentadbiran yang bertanggungjawab ketika di wawancara.

Menurut laporan Malaysikini, Najib berkata hanya masa akan menentukan sama ada Malaysia akan mengalami perubahan sebenar-benarnya atau perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad akan kembali kepada cara yang lama.

"Jadi saya fikir saya tak mahu mengulas dulu. Biarkan rakyat menilai sendiri. Jika tidak, rakyat akan mengatakan saya berat sebelah.

"Tetapi saya harap ia akan jadi lebih baik kerana mereka mengundi untuk perubahan," katanya kepada Malaysiakini dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menggesa rakyat Malaysia memastikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berpegang dengan janji-janjinya.

"Saya fikir rakyat mesti membuat tuntutan, pada hari itu (9 Mei), mereka mengundi semua perkara ini, untuk minyak yang murah, tol percuma, (bayaran pinjaman) PTPTN diketepikan.

"Jika mereka tidak membuat tuntutan maka saya fikir rakyat Malaysia tidak adil kepada diri sendiri," katanya.

'Janji manis HARAPAN tidak realistik'

Berhubung perkara itu, Najib berkata beliau tidak terkejut sekiranya janji 100 hari HARAPAN sukar untuk dilaksanakan.

Bekas Perdana Menteri itu mendedahkan pihaknya melakukan pengiraan apabila HARAPAN melancarkan manifesto mereka pada pilihan raya umum ke-14 lalu..

"Kami tahu mereka tidak dapat (buat). Tidak boleh. Apabila ia (manifesto) keluar, kami buat pengiraan dengan cepat. Kita tahu janji manis itu adalah populis tetapi tidak realitistik," tambahnya.
Najib berkata adalah merupakan kesalahan untuk membuat janji yang tidak boleh ditunaikan kerana ia sama seperti berbohong kepada rakyat.

Beliau juga berkata kerajaan baru harus menghentikan amalan untuk menyalahkan pentadbirannya dalam segala hal.

"Saya fikir skripnya adalah kerana pentadbiran kami (dalam perkara-perkara tidak boleh dilakukan) dan sudah tentu, mereka menuduh saya rasuah yang tidak masuk akal," katanya.

Bekas presiden Umno itu juga mengulangi kritikan terhadap dakwaan kerajaan HARAPAN bahawa hutang dan liabiliti negara kini mencapai angka RM1 trilion.

Beliau berkata hutang sebenarnya berjumlah RM686 juta, satu angka yang telah dinyatakan agensi penarafan antarabangsa.

Beliau memberikan contoh prestasi buruk pasaran saham sejak HARAPAN menguasai kerajaan dan bagaimana kerajaan baru gagal mengendalikan keadaan dengan baik.

"Apabila anda berada dalam kerajaan, anda perlu meningkatkan kepercayaan dan berfikir dan memberi tumpuan lebih kepada melakukan lebih baik," katanya.

Berikut adalah petikan daripada temu bual, yang telah disunting untuk keringkasan, tatabahasa dan ketepatan:

Malaysiakini: Pada hari ke-60 kerajaan baru , bagaimana anda menilai mereka? Apa yang betul mereka buat dan apa yang mereka lakukan salah?

Najib: Mereka mungkin mengatakan mereka boleh lakukan lebih baik. Saya fikir mereka harus menunjukkan bahawa mereka boleh melakukan yang lebih baik. Mereka tidak mencipta sesuatu yang baru.

Membatalkan projek adalah satu perkara yang tidak ada gunanya. Maksud saya, anda boleh batalkan dan anda boleh tunda. Ia mudah, tetapi anda boleh mencipta sesuatu yang lebih baik, itu adalah cabaran.

Malaysiakini: Adakah anda fikir semua tindakan menyalahkan ini dan dengan mengatakan hutang berjumlah RM1 trilion adalah bagi menyediakan asas mengapa mereka tidak dapat memenuhi janji 100 hari mereka?

Najib: Kami tahu mereka tidak boleh. Tidak boleh. Itu (manifesto mereka) adalah satu janji yang pasti kepada rakyat. Rakyat mengundi untuk itu.

Saya telah jumpa ramai orang yang kata, tengok kami nak beli petrol RM1.50 keesokan hari. Mereka mengundi kerana janji-janji itu dan mereka tak ditunaikan, dan bagi kerajaan persekutuan mereka tak dapat buat, saya fikir terdapat banyak soalan yang serius untuk dijawab. - Malaysikini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...