Skip to main content

Penghawa Dingin Di IPD Rosak, Isteri Pekan Import Intan Dan Berlian "Kepala Bapak Mereka"


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menerima amaran akhir daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana menggunakan perkataan kesat ketika berucap di Dewan Rakyat, hari ini.

Situasi itu berlaku apabila Rayer menggunakan perkataan ‘kepala bapak’ ketika berucap di Dewan Rakyat didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana gagal membela kebajikan anggota polis.

“IPD Timur Laut merupakan yang terbesar di Pulau Pinang di mana anggota polis menggunakan kipas angin kerana penghawa dingin telah rosak tidak diperbaiki sejak lima tahun lalu kerana tidak ada wang.

“Tapi isteri Pekan masih boleh mengimport intan dan berlian masuk ke Malaysia tanpa GST, anggota polis yang kawal keselamatan di Malaysia tidak diberi perhatian, kononnya BN membela anggota polis dan tentera ‘kepala bapak mereka,” kata Rayer ketika bangkit mencelah ucapan pergulungan titah Agong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan ketegangan dan kemarahan pimpinan BN yang berada di dalam dewan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan tegas mendesak perkataan ‘kepala bapak’ itu ditarik balik.

“YB Jelutong ada di dewan ini sudah tiga minggu tapi saya perhati beliau kerap guna perkataan kadang-kadang kurang ajar dan biadap.

“Saya minta beliau tarik balik perkataan kepala bapak, soal nak bela anggota polis itu tidak ada masalah tapi jangan guna perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain, berhujah guna fakta,” katanya.

Bagaimanapun Rayer kemudian mempertahankan tindakannya dengan mengatakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan perkara sama.

“Saya hanya ikut Pekan, saya tidak akan tarik balik,”katanya.

Pada masa sama, ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar turut mendesak Rayer menarik balik perkataan ‘kepala bapak’ itu.

“Saya dari Tanjong Katang, saya bela polis Tanjung Karang dengan memberi peruntukkan untuk naik taraf balai polis, jangan beri contoh satu tempat sahaja tengok keseluruhan, kita buat balai

Polis Sungai Petani semasa saya menjadi timbalan menteri, jangan biadap, saya tengok YB memang kurang ajar,”katanya.

Susulan itu, Kor Ming mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan kurang sopan tersebut.

“Saya memperhalusi pendebatan Jelutong, niat Jelutong baik membangkitkan isu kebajikan anggota polis tetapi perkataan yang ditutur kurang sopan itu saya minta tarik balik perkataan kepala bapak.

“Perkataan dituntut tidak senonoh dengan kemulian Dewan Rakyat, wajib kita elakkan,kita beri peluang Jelutong orang baru,harap beliau balajar dengan cepat,orang berbudi kita berbahasa dan hari ini saya maafkan, jangan ulang lagi, jangan paksa saya guna kuasa saya ambil tindakan,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...