Skip to main content

Pembangkang Dulu Tolak Akta Dana Politik - Asyraf Wajdi


Kerajaan BN sebelum ini berhasrat untuk menggubal rang undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik namun ditentang pembangkang ketika itu, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut laporan Malaysiakini, Bagaimanapun, Asyraf yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pihaknya menyambut baik sebarang cadangan untuk menggubal rang undang-undang berkenaan.

Ini kerana, menurutnya ia dapat memberi mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa tiada apa yang perlu disorokkan berhubung dana politik.

"Kita dah lama nak gubal akta tersebut tapi dapat tentangan dari pihak parti-parti sekarang yang jadi pemerintah.

"Kami harus bersifat telus. Mana-mana sumbangan politik akan memberi isyarat dan mesej yang jelas tak ada apa yang perlu kita sorokkan dan bukan perkara baru sebab ia diamalkan di negara maju.

"Akta tersebut amat relevan untuk pastikan tiada sangkaan buruk terhadap sumbangan parti politik," katanya pada sidang media di ibu negara petang tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberitahu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang pembiayaan dana politik.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Asyraf berkata walaupun akaun beberapa bahagian serta pemimpin Umno dibekukan, namun ia tidak melumpuhkan parti Melayu itu.

Menurut ketua pemuda Umno yang baru itu, tindakan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) membekukan akaun parti dan pemimpin-pemimpin Umno tidak membantutkan kemaraan mereka sebagai parti pembangkang.

"Jangan ingat mereka (kerajaan) bekukan akaun kita, Umno akan lumpuh.

"Sebaliknya apabila kita ditekan, semangat akar umbi Umno semakin membara, mereka bertambah 'garang' untuk berjuang," katanya lagi.

Sebelum ini Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet dan wakil rakyat dari parti pemerintah kini diklasifikasikan sebagai sebahagian anggota pentadbiran dalam usaha membendung gejala rasuah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pindaan akan dibuat ke atas Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan bagi membolehkan tafsiran Anggota Pentadbiran diperluas.

Katanya sebelum ini ada keputusan mahkamah yang memutuskan perdana menteri bukan penjawat awam.

Beliau berkata melalui langkah itu, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika memiliki aset dan pendapatan yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah kali kedua di sini hari ini. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...