Skip to main content

PAS Ucap Tahniah Kepada Tun Mahathir Isu Zakir Naik.


Timbalan Presiden PAS. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucap tahniah di atas tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membenarkan Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia sebagai warga pemastautin tetap.

Menurut laporan Malaysiakini, Tuan Ibrahim berkata sebagai pemastautin tetap, memang menjadi tanggungjawab kerajaan "daripada dihantar kembali ke India bagi menghadapi pelbagai tuduhan rekaan kerajaan India,"

"Selaras dengan kedudukannya sebagai pemastautin tetap, memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela dan mempertahankan maruah beliau," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tegas perdana penteri mempertahankan Zakir, tegas Tuan Ibrahim, adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganyanyaan dan kezaliman di mana sahaja.

"PAS tegas dengan prinsip menyokong dan mendokong segala tindakan makruf yang diambil oleh pihak kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan.

"Ini adalah selaras dengan dasar budaya politik matang dan sejahtera dan konsep At-taawun yang diamalkan oleh parti," tegas Tuan Ibrahim.

Perdana menteri sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Ini kerana katanya Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.

Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga menafikan laporan Zakir akan dihantar pulang ke India dan berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berkenaan perkara itu.

Semalam Isu hantar pulang Zakir Naik, P Ramasamy mengingatkan agar kerajaan Malaysia menghormati perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan India menandatangani perjanjian pada 2010.

Menurut laporan, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkata demikian sebagai mengulas berhubung pendakwah kontroversi berasal dari India, Zakir Naik.

Malaysia dan India menandatangani perjanjian ekstradisi pada 2010.

Bagaimanapun, Ramasamy menjelaskan bahawa kerajaan India membuat dakwaan serius terhadap Zakir, antaranya dakwaan pengubahan wang haram, menganggu keharmonian, dan terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.

Pemimpin DAP itu juga berkata Malaysia telah menghantar pulang beberapa individu sebelum ini, termasuk individu yang dikehendaki oleh kerajaan Sri Lanka.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga menafikan laporan Zakir akan dihantar pulang ke India dan berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berkenaan perkara itu. -Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...