Skip to main content

Orang Ramai Panik Selepas Buaya Memasuki Pusat Beli Belah.


Se ekor buaya telah dilihat memasuki sebuah pusat beli belah terkemuka dan berjalan-jalan mengelilingi kawasan di dalam pasaraya berkenaan tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai yang terkejut dengan kehadirannya.

Sukar dipercayai apabila habitat buaya yang dikenali sebagai habitat liar dan sepatutnya berada di perairan sungai, paya mahupun danau secara tiba-tiba muncul di kawasan darat di sebuah pusat beli-belah.

Buaya sepatutnya hidup secara berkelompok di kawasan yang terdapat air serta hidup berkumpulan dalam mencari mangsa untuk dijadikan makanan.

Namun begitu terdapat juga buaya yang hidup jauh daripada habitatnya dan mampu hidup di kawasan air masin seperti di pinggir pantai seperti di Australia ataupun Florida.

Malah kita juga boleh bertemu dengan buaya yang sedang berjalan-jalan di jalan raya mahupun di halaman rumah warga tempatan.

Tetapi apa yang di muat naik oleh seorang individu di instagram miliknya yang dikenali sebagai @IndoZone amat mengejutkan netizen apabila dia telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan se ekor buaya sedang berjalan di dalam pasaraya berkenaan.

Melalui video terbabit dapat dilihat dengan jelas buaya terbabit yang berjalan dengan perlahan seakan melawati kawasan tanpa menghiraukan orang ramai yang turut berada di dalam pusat beli belah berkenaan.

Kemunculan buaya tersebut pasti sahaja telah mengejutkan orang ramai yang turut berada di situ serta telah membuatkan mereka panik sebentar dan cuba untuk menjarakkan jarak mereka kerana khuatir akan keselamatan diri.

Malangnya di mana video berkenaan telah di ambil masih tidak dapat dikenal pasti.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...