Skip to main content

Lim Kit Siang Sedia Pertahan Najib Jika Benar Najib Jadi Mangsa Politik


Sepeti yang diketahui sebelum ini Datuk Seri Najib Razak telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa 4 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Menurut laporan Malaysiakini, hari ini Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan bangkit mempertahankan Datuk Seri Najib Razak jika bekas perdana menteri itu benar-benar menjadi mangsa dendam politik.

"Jika Najib boleh tunjukkan beliau memang mangsa dendam politik, saya sanggup perjuangkannya," katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.

Pada 5 Julai lalu, anak Najib, Datuk Nazifuddin Najib berkata bapanya hanyalah seorang lagi mangsa pendakwaan berat sebelah ekoran "politik feudal yang penuh dendam"

Lim mempersoalkan dakwaan itu dengan membangkitkan bagaimana Najib tidak dipaksa ke mahkamah dengan memakai seragam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dibenarkan untuk membayar ikat jamin secara ansuran.

Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu juga memuji layanan SPRM itu dan berharap ia akan menjadi amalan badan itu.

Rabu lalu, Najib dihadapkan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.

Najib yang ditahan SPRM sehari sebelumnya hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta. Sejumlah RM500,000 dibayar pada hari itu, dan bakinya perlu dibayar Isnin ini.

Sebelum ini Datuk Nazifuddin Najib yang merupakan Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masa ayahnya menjadi perdana menteri sanggup menderita untuk membahagiakan rakyat.

Menurut laporan Malaysiakini, "Sekiranya penderitaan seorang bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau (Najib) sanggup menghadapi penderitaan itu," katanya melalui tulisan yang dimuat naik di Facebook.

Dalam luahan itu, Nazifuddin juga berterima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong ayahnya.

Selain mengecam serbuan polis di kediaman ayahnya, Nazifuddin juga menyifatkan Malaysia hari ini tidak jauh beza dengan Malaysia 30 tahun lalu ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, "pendakwaan berat sebelah" berlaku hari ini sama dengan "pendakwaan yang dahulu, cuma orangnya sahaja yang berbeza".

Pada selasa lepas Najib telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah beliau di Jalan Langgak Duta kira-kira pukul 3 petang.

Menurut laporan, pihak SPRM sendiri telah mengesahkan penahanan itu adalah bagi tujuan membantu siasatan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang sedang dalam siasatan pihak mereka. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...