Skip to main content

Kerajaan Tiada Kaitan Masukkan Elemen Pengganas Komunis Dalam Buku Teks


Kerajaan tidak mempu­nyai kaitan dengan cada­ngan pihak tertentu untuk memasukkan elemen perjuangan pengganas komunis dalam buku teks Sejarah di sekolah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cada­ngan tersebut juga belum dikaji oleh kerajaan.

“Kita belum kaji lagi. Saya tidak tahu, ada orang lain yang cadangkan, bukan kita (kerajaan),” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menyuarakan gesaan un­tuk menilai semula buku teks Sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golo­ngan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM).

Ketika bercakap sebagai ahli pa­nel dalam forum bertajuk Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah? Fadiah Nadwa berkata, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut me­rupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia ada walaupun golongan berke­naan didakwa turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Dalam pada itu Dr. Mahathir ber­kata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, ia bukan bertujuan untuk mempromosikan fahaman komunis, sebaliknya hanya menerangkan tentang ideologi tersebut.

“Bukan (masukkan) perjua­ngan komunis. Kita kena faham apa itu komunis.

“Kita bukan mahu mempromosikan fahaman komunis. Tidak, tetapi kita kena tahu apa itu komunis? Apa itu kapitalis, demokrasi dan kleptokrasi. Kita kena faham,” katanya.

Sementara itu, mengulas me­ngenai perkembangan kejadian gempa bumi di Lombok, Perdana Menteri berkata, pe­gawai Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang berusaha me­nentukan ke­selamatan rakyat negara ini yang terbabit dalam insiden itu.

“Pada masa sama, kita juga in­­gin memberi bantuan kepada rakyat Indonesia yang menjadi ma­ngsa,” katanya. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...