Skip to main content

Kerajaan Tak Payah Tipu Rakyat Isu Minyak - Najib


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) jelas menipu rakyat. 

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu kerajaan Pakatan Harapan menipu rakyat berhubung janji mereka untuk menurunkan harga petrol dan diesel.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib memang yakin janji berkenaan tidak dapat ditunaikan HARAPAN, waima sehingga muncul 'kucing bertanduk' sekali pun.

"Saya tahu harga minyak tak boleh turun pada RM1.50, tak payah tipu.

"Saya tahu sebab saya menteri kewangan ketika itu.

"Saya tahu implikasi kalau harga minyak diturunkan kepada RM1.50," katanya yang dipetik Sinar Harian dalam laporan disiarkan akhbar itu hari ini.

Semasa membentangkan manifesto mereka menjelang PRU ke-14 lalu HARAPAN ada menyentuh mengenai isu harga petrol dan diesel yang ketika itu ditentukan secara mingguan.

Sesetengah pihak mendakwa HARAPAN menjanjikan harga minyak turun jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun berdasarkan manifesto yang dikemukakan HARAPAN ikrar yang dibuat ialah menstabilkan harga bahan bakar itu serta memperkenalkan semula skim subsidi bersasar.

Sebuah klip video yang ditularkan pula memaparkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berjanji bahawa harga minyak akan diturunkan sehari selepas gabungan pembangkang menawan Putrajaya.

Namun ia diragui kerana klip itu dipercayai dibuat sebelum PRU ke-13 pad 2013 lalu kerana Rafizi merujuk gabungan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Menurut Najib janji yang ditabur HARAPAN dalam manifesto sempena PRU pada 9 Mei lalu hanya bersifat dongeng dan bertujuan mempengaruhi pengundi.

"Saya berani bertaruh pada orang-orang kita, saya berani bertaruh cerita minyak turun RM1.50 seliter itu satu cerita dongeng sahaja.

"Tapi malangnya orang muda kita, pengundi pertama (kali) tak dapat lihat lebih mendalam daripada itu," katanya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...