Skip to main content

'Keke Challenge': Tiga Personaliti Media Sosial Ditangkap


Abu Dhabi - Tiga orang personaliti media sosial telah ditahan atas dakwaan kerana telah membahayakan nyawa orang lain hanya kerana semata-mata ingin melakukan tarian 'Keke Challenge'.

Tindakan ketiga-tiga orang tersebut dilihat boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain ketika melakukan aksi tarian 'Keke Challenge'.

Menurut Jabatan Kehakiman Abu Dhabi, mereka telah menggunakan media sosial bagi tujuan mempopularkan budaya yang tidak sesuai dengan nilai serta tradisi masyarakat setempat dan demi melakukan aksi tersebut mereka sanggup melanggar undang-undang di negara tersebut.

Difahamkan bahawa bagi melakukan 'Keke Challenge', pelaku terbabit dikehendaki membuka pintu dan keluar dari kereta sambil menari dalam keadaan kenderaan yang masih bergerak perlahan.

Menurut undang-undang yang telah ditetapkan di Abu Dhabi, sesiapa sahaja yang menyertai dalam 'Keke Challenge' boleh dikenakan hukuman kerana ianya dianggap sebagai satu jenyah.

Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebutr boleh dikenakan hukuman penjara ataupun didenda di bawah undang-undang trafik persekutuan kerana dilihat boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Jabatan tersebut juga turut memberikan amaran tentang penyebaran fenomena negatif tersebut yang tidak membawa sebarang faedah kepada golongan muda.

Malah golongan muda juga disarankan agar tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang tidak bersesuaian dengan nilai-nilai masyarakat dan lebih menyumbangkan perkembangan mereka ke arah yang lebih positif.

Tarian 'Keke Challenge' dikatakan telah tercetus daripada seorang pelawak yang dikenali Lil Shuzi melalui salah satu baris lirik lagunya.

Melalui lirik lagu yang dipopularkan oleh nyanyian Drake, In My Feelings yang berbunyi "Kiki, do you love me?" menyebabkan mereka melakukan aksi gerak tarian tersebut yang kemudiannya telah menjadi ikutan golongan muda.

Tetapi aksi tarian tersebut telah di tularkan sebagai 'Keke Challenge' dan telah mula mencetuskan kegilaan di seluruh dunia yang turut cuba melakukan aksi tersebut.-Astro Awani

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...