Skip to main content

Isteri Lari Rumah, Bangla Buat Laporan Palsu Dakwa Isteri Di Culik.


Tindakan seorang warganegara Bangladesh yang membuat laporan palsu berhubung kes samun terhadap dirinya memakan diri apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, laporan polis yang dipercayai palsu itu dibuat lelaki berkenaan berhubung kejadian samun terhadap dirinya di Senibong, Permas Jaya pada 9 Julai lalu, kira-kira 12.01 tengah malam.

Menurutnya, lelaki tersebut juga mendakwa dirinya telah disamun oleh dua lelaki tempatan bersama dua warga asing selain memberitahu isterinya yang berusia 19 tahun dan anak berusia tiga tahun turut dilarikan kumpulan terbabit.

Katanya, Dalam laporan palsu itu, warga Bangladesh berkenaan turut mendakwa dirinya mengalami kerugian RM4,000 akibat kejadian samun selain diugut menyerahkan wang tebusan RM800 untuk anak dan isterinya.

"Sejurus mendapat maklumat dan risikan secukupnya, polis kemudiannya berjaya menahan empat lelaki tempatan, tiga perempuan tempatan serta seorang warga Myanmar berusia antara 19 hingga 56 tahun.

"Hasil siasatan mendapati, isterinya lelaki berkenaan sebenarnya yang meminta bantuan kumpulan lelaki tersebut untuk melarikan diri selain dia secara sukarela mengekori mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata, salah seorang suspek yang juga lelaki tempatan akan dibawa ke mahkamah kerana mengaku secara lisan menyamar sebagai pegawai polis.

"Kita masih lagi meneruskan siasatan dan mereka yang telah ditangkap ini akan menjalani tempoh reman dahulu sehingga 18 Julai," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, lelaki warga Bangladesh itu akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu.

"Lelaki tempatan terbabit pula akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis," katanya. - Sinar Harian


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...