Hampir 20 Ekor Ikan Mati Gara-gara Budak-Budak Datang Beraya


Semasa musim perayaan ini sudah pasti adat zirah menziarahi menjadi salah satu keutamaan bagi rakyat di negara kita.

Masa musim perayaan ini lah saudara mara mengambil kesempatan untuk menzirahi saudara mara mereka yang jauh mahupun dekat.

Sebelum ini pernah berlaku satu kejadian dimana sebuah tv plasma pecah akibat perbuatan anak jiran yang tidak menjaga tingkah laku mereka dengan berlari-lari di dalam rumah.Kini timbul lagi kes yang hampir serupa dengan itu.Akibatnya,ibu bapa kepada kanak-kanak ini dipaksa untuk membayar ganti rugi tv tersebut serta merta.

Perkara sebegini sememgnya tidak patut berlaku sekiranya ibu bapanya sentiasa memantau pergerakaan dan perlakuan anak-anak mereka.

Baru-baru ini berlaku lagi kejadian akibat kecuaian ibu bapa memantau pergerakaan anak-anak mereka.

Melalui satu perkongsian diri seorang lelaki di laman Facebook, Aman Mokhtar telah memuat naik beberapa ekor ikan kesayangannya dipercayai mati akibat kebuasan anak kecil dan sekali gus ianya berpunca dari kecuaian ibu bapa mereka sendiri dalam mengawasinya.
Menurutnya lebih dari 20 ekor ikan mati kerana kanak-kanak ini bertindak menaburkan sebalang makanan ikan di dalam kolam ikan tersebut.

Kes ini dikatakan sedang tular dimedia sosial,walau bagaimanapun,anak-anak kecil ini tidak boleh dipersalahkan kerana jika tidak ada pantauan dari ibu bapanya pasti perkara sebegini tidak akan berlaku.

Bak kata pepatah melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya.