Bayi Terkecil Yang Pernah Dilahirkan Terpaksa Bertarung Nyawa Untuk Terus Hidup.


India - Seorang bayi ajaib yang hanya memiliki berat kurang daripada sebiji kacang panggang merupakan bayi yang paling kecil pernah dilahirkan dan mampu bertahan untuk terus hidup.

Bayi tersebut yang diberikan nama Ridhima Ajmani atau nama timangannya Cherry merupakan bayi terkecil yang pernah bertahan di India dengan berat hanya 375g ketika dilahirkan pada empat bulan yang lalu.

Namun begitu bayi yang disangka tidak mampu bertahan lama itu telah membuktikan bahawa dia merupakan bayi ajaib yang mampu bertahan untuk terus hidup dengan sihat dan kuat seperti yang di ingini oleh ahli keluarganya.

Pada mulanya doktor telah mengesahkan bahawa peluang bagi bayi tersebut untuk terus hidup hanyalah 50 peratus kerana dilahirkan seberat 500g sahaja.

Cherry telah dilahirkan di Hospital kanak-kanak Rainbow di Hyderabad iaitu sekitar 440batu di Timur Mumbai.

Ibu Cherry iaitu Nikita dari Rajnandgaon iaitu 400kilometer dari utara bandar raya dikatakan pernah mengalami empat keguguran sebelum mengandungkan Cherry.

Disebabkan pernah mengalami empat perguguran, bapa Cherry, Saurabh memberitahu bahawa mereka telah diberitahu oleh seorang kawan yang prihatin terhadap nasib yang dialami oleh mereka supaya mencuba nasib di Hyderabad.

Doktor yang merawat Nikita memberitahu bahawa dia khuatir jika anak yang dikandung olehnya  mungkin tidak mungkin mampu bertahan oleh kerana aliran darah antara Nikita serta bayinya itu adalah amat rendah.

Ianya adalah dipercayai berpunca daripada kekurangan plasenta yang merupakan komplikasi kehamilan yang paling jarang berlaku apabila tiada aliran darah yang cukup antara ibu dengan plasentanya.

Tanpa plasenta yang sihat, Cherry terpaksa berjuang untuk terus hidup sejak ketika dia berada dalam rahim lagi kerana Cherry dikatakan tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi membuatkan dia terpaksa bertarung untuk nyawanya.

Komplikasi yang dialami oleh Nikita ini boleh menyebabkan bayi yang dikandungnya itu mengalami berat yang kurang, kelahiran pramatang serta mengkin mengalami kecacatan ketika dilahirkan.

Nikita serta Saurabh akhirnya mencuba nasib mereka dengan pergi ke Hospital Kanak-kanak Rainbow dan berjumpa doktor yang khusus bagi menangani kelahiran pramatang.

"Saya telah diberitahu supaya menjaga kerangka positif dari sejak saya datang ke hospital tetapi berdasarkan pengalaman masa lalu saya menyebabkan saya takut serta bimbang akan kehilangan bayi saya.

"Saya memberitahu kepada doktor tersebut supaya menyelamatkan bayi saya walaupun dengan berapa banyak kos sekalipun", kata Nikita.

Nikita akhirnya berjaya melahirkan bayinya dengan berat hanya 0.8lbs (363g) dan jika dibandingkan dengan timah kacang Heinz panggang yang seberat 0.91lbs (415g), bayinya adalah lebih ringan daripada kacang panggang tersebut.

Cherry telah diletakkan di dalam ventilator selama 15 minggu bermula sejak dia dilahirkan dan mengambil masa 38 hari untuk dia mencapai berat 1.1lbs (500g) tetapi kini Cherry telah pun mendaftar keluar selepas ditahan dihospital selama 128 hari.

Cherry secara rasminya telah dinamakan Ridhima dan ketika dia keluar dari hospital dilaporkan beratnya telah mencecah 2kg.

Dr Dinesh Kumar Chirla, yang membantu menyambut kelahiran Cherry menjelaskan bahawa risiko kelahiran itu amat tinggi kerana 'paru-paru yang tidak matang, risiko otak pendarahan, jangkitan, masalah pemakanan yang diberi keadaan, proses pembedahan yang kompleks' sebagai isu yang terpaksa dititik beratkan.

Dr Ramesh Kancharla pengerusi dan pengarah urusan Rainbow Group of Hospital, memuji kelahiran tersebut yang berjaya malah beliau turut memberitahu, 'Kami dapat menghantar bayi yang dilahirkan dengan berat lahir sekurang-kurangnya 375g ke rumah kerana pusat perinatal kami.'

Pengalaman bekerja selama 20 tahun di hospital berkenaan membolehkan mereka menyelamatkan seorang bayi yang bersaiz amat kecil, malah Dr Kancharla turut memuji pasukan 'komited' yang membantu menyambut kelahiran Cherry, dan menggambarkan mereka yang membantu sebagai 'instrumental'.-Daily Mail