Skip to main content

Tun Dr. Mahathir Ingatkan Pemimpin Pakatan Harapan Pegang Janji Bantu Rakyat.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Menurut Dr. Mahathir, semua parti dalam PH perlu mengambil iktibar daripada kegagalan Barisan Nasional (BN) dan tidak bersikap tamak serta mengikut nafsu yang mana akan membuatkan rakyat bangkit menentang kerajaan.

“Kita mendapat sokongan yang begitu kuat sehingga terjatuhlah kerajaan terdahulu yang pegang yang kepada sogokan. Inilah sebabnya kejatuhan mereka (BN) dan kita perlu mengambil iktibar daripada kegagalan BN.

“Selama ini kita tegur BN yang secara besar-besaran terlibat dengan sogokan dan rasuah jadi kita tidak harus mengikut jejak langkah mereka yang menjadi tamak. Ini janji kita dulu sebelum PRU-14, saya yakin PH tidaklah begitu tamak sehingga melupakan bangsa, agama dan negara kerana hanya wang diperoleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Kekalahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah disebabkan parti itu gagal memenangi hati rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata pemimpin UMNO dilihat hanya sekadar bercakap kepada jentera parti mereka ketika turun padang berbanding mendengar masalah dihadapi rakyat di akar umbi.

“Saya memang sudah jangka kehilangan beberapa kerusi tetapi bukan hilang kerajaan. Ini memang sesuatu di luar jangkaan.

“Mungkin kita terlalu bergantung kepada parti, hanya bekerja untuk orang kita sendiri termasuk ketika berkempen. Kita lupa ketika pilihan raya umum, ia bukan soal UMNO sahaja. Kita gagal memenangi hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sidang media BN Johor di sini, hari ini.

Hasni yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut berkata walaupun UMNO telah memerintah lebih 60 tahun, namun anggota parti perlu menerima hakikat bahawa parti berkenaan tidak lagi berkuasa.

Katanya, ketika ini, seluruh kepimpinan UMNO Johor masih menunggu kata putus daripada pucuk pemimpin parti sebelum mengambil peranan sebagai pembangkang di DUN Johor.

Dalam masa sama, beliau memberitahu UMNO akan melakukan bedah siasat berhubung kekalahan PRU14.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi ketua pembangkang di Johor, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri itu berkata beliau tidak keberatan menjalankan tanggungjawab itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali berkata kekalahan tersebut menjadi pengajaran dan panggilan daripada lena kepada semua pihak termasuk dalam kalangan pemimpin parti itu untuk menilai sebaiknya isu yang akan menjejaskan kepercayaan rakyat.

Beliau berkata pada PRU kali ini, beliau dapat melihat kecenderungan rakyat memilih pemimpin mereka berdasarkan isu-isu nasional berbanding isu negeri.

“Anda tahu kenapa...setelah Johor melakukan dengan baik dan anda (media) tahu mengenainya tetapi kami masih...,” katanya.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...