Skip to main content

Siasat Semula Kes Altantuya, Australia Lulus Ekstradisi Sirul Ke Malaysia.


Sebelum ini rata-rata rakyat malaysia tahu kes Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan pembunuh Altantuya Shaariibuu dikatakan melibatkab bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Malaysia untuk mengekstradisi bekas Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan dengan pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 20 Oktober 2006.

Menurut sumber The Guardian, kerajaan Malaysia baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan kerajaan Australia untuk meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia.

Ia juga difahamkan mendapat lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya selain dipercayai Sirul akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan.

Laporan The Guardian itu turut dikongsi Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran di laman Twitternya pada Jumaat.

Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul sebagai tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri (tertuduh pertama) selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Bagaimanapun pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan selepas membenarkan rayuan pendakwa raya dalam kes itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Tertuduh didakwa membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang.

Sebelum ini Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar sedia mendedahkan perkara sebenar dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Sirul Azhar berkata, dia sedia membuat pendedahan itu dengan syarat diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan,” katanya.

Menurutnya, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula.

“Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia,” katanya.

Sirul Azhar berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015.

Menurutnya, hasrat itu disuarakan susulan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan perbicaraan kes bunuh tersebut kerana tiada saksi mata dikemukakan dan mahkamah hanya bergantung kepada bukti keterangan semasa yang tidak kuat.

Disebalik pengalaman hitam itu, Sirul juga sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman orang ramai.

“Mereka tak tahu. Itu kesalahan pertama saya. Bersama UTK, saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah semuanya untuk keselamatan negara.

"Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah," katanya.

Namun Sirul menarik semula tawaran itu dalam satu wawancara dengan The Guardian, Sirul yang kini tahanan Imigresen Australia berkata mahu kekal di negara itu.

"(Anggota Parlimen Bukit Gelugor) Ramkarpal Singh mahu saya dipenjara seumur hidup. Saya tak mahu pulang. Orang kata: 'Jangan beri pengampunan'. Saya akan dibunuh di penjara," katanya ketika ditanya kesanggupan untuk pulang jika hukumannya diringankan.

Pada 2015, Sirul dan Azilah Hadri dihukum mati atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri.

Azilah ketika ini menunggu untuk menjalani hukuman di penjara, tetapi Sirul lari ke Australia tiga tahun lalu.

Kerajaan BN sebelum ini tidak mengekstradisinya atas sebab undang-undang Australia tidak mengiktiraf hukuman mati.

"Gesaan untuk membuka semula kes Altantuya timbul selepas kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14.

Pada 19 Mei, Sirul memberitahu Malaysiakini bahawa dia sanggup pulang dan membantu kes itu jika diberikan pengampunan penuh.

Ramkarpal kemudian berkata kerajaan tidak perlu melayan permintaan itu kerana masih ada saksi lain yang boleh membantu kes.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan dapat mengurangkan hukuman Sirul kepada penjara seumur hidup bagi membawanya pulang.

'Saya bukan orang jahat'

Dalam wawancara itu, Sirul enggan mengulas ketika ditanya sama ada maklumat yang ada padanya dapat membantu siasatan baru.

Dia juga enggan mengulas sama ada dia dapat mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Sebelum ini Sirul dilaporkan berkata menjadi kambing hitam dalam jenayah politik yang rumit dan pendakwa di Malaysia memilih untuk tidak memanggil beberapa saksi.

Dia juga mengakui membawa Altantuya sebelum "menyerahkannya kepada Azilah ketika perjalanan".

"Saya bukan orang jahat, tetapi kes itu membuatkan saya seperti orang jahat," katanya lagi

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...