Skip to main content

Raja Muda Selangor bersedia Ambil Alih Persatuan Bolasepak Selangor.


Bekas pengurus pasukan Selangor, Zakaria Rahim mengesahkan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersedia untuk memikul tanggungjawab selaku Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang baru, Julai ini.

Menurut Zakaria atau lebih dikenali dengan panggilan Zack, menerusi perbincangan bersama RMS sebelum ini, Tengku Amir melahirkan kesediaan untuk mengemudi FAS sekiranya khidmat beliau ditagih badan induk itu.

Katanya, tindakan Datuk Seri Subahan Kamal melepaskan jawatan Presiden FAS adalah langkah tepat susulan pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang menerajui badan induk itu.

"Ini satu usaha yang sihat di mana apabila seseorang Presiden berasa sudah tidak mampu lagi meneruskan tanggungjawab, keputusan mengundurkan diri adalah jalan terbaik.

"Saya sendiri sudah berjumpa RMS beberapa kali dengan beliau bersetuju untuk mengambil alih. Kenyataan Datuk Seri Subahan itu adalah suatu pengesahan bahawa RMS akan mengambil alih FAS.

"Pagi tadi (semalam) juga saya ada berjumpa beberapa pegawai RMS dan mereka turut mengesahkannya," katanya ketika ditemui pada sidang media Piala Dunia FIFA 2018 di Kedutaan Russia, semalam.

Nama Tengku Amir bukanlah asing dalam bola sepak Selangor. Beliau sangat aktif di peringkat akar umbi dan juga bola sepak komuniti di Selangor dengan Tengku Amir sendiri mengilhamkan kejohanan Selangor Champions League sejak tiga musim lalu.

"Beberapa perubahan akan berlaku dalam sistem pentadbiran FAS, pasukan Liga Super serta pembangunan di peringkat akar umbi di negeri ini.

"Selain itu, liga-liga domestik di Selangor juga akan mengalami transformasi bagi merancakkan lagi bola sepak," katanya yang pernah membawa Red Giants muncul juara Liga Super sebanyak dua kali pada 2009 dan 2010 serta Piala FA 2009.

Menurut Bekas pemain Selangor, Annuar Abu Bakar menaruh keyakinan tinggi dengan kemampuan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk melakukan transformasi besar ke atas skuad Selangor andai dilantik menerajui Persatuan Bolasepak Selangor.

Dengan merujuk kejayaan yang dikecapi Johor Darul Ta'zim (JDT) hasil sentuhan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau percaya ia boleh dijadikan inspirasi buat Tengku Amir untuk mengembalikan kegemilangan skuad Red Giants.

"Pada 2015 saya menjadi penolong jurulatih Selangor, ketika itu Selangor berjaya memenangi Piala Malaysia tapi selepas itu Selangor berdepan beberapa isu sehingga mereka gagal memenangi apa-apa gelaran.

"Apa yang saya tahu, Tengku Amir berminat (menerajui FAS) tapi bila ada pelbagai isu, jadi beliau tangguhkan dulu hasrat itu, saya tidak tahu sama ada beliau benar-benar bersedia kali ini.

"Jika benar Tengku Amir akan menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal sebagai presiden, pada saya ia keputusan yang tepat. Jika Tunku Ismail boleh menaikkan kelab JDT, saya fikir Tengku Amir juga boleh menjadikan ia sebagai contoh untuk membawa perubahan dalam Selangor," kata Annuar.

Selepas mesyuarat bersama Exco FAS semalam, Subahan mengesahkan akan melepaskan jawatan dan presiden baru persatuan itu akan dipilih pada mesyuarat agung luar biasa (EGM), 3 Julai ini.

Subahan melepaskan jawatan dengan alasan bebanan tugas apabila turut menduduki kerusi Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Nama Tengku Amir kini menjadi sebutan untuk mengambil alih kerusi panas itu selepas mendapat sokongan penuh Exco FAS serta penyokong Selangor sendiri.

Annuar berkata, perubahan perlu dilakukan segera jika tidak mahu Selangor terus ketinggalan.

"Selangor seharusnya tidak mempunyai masalah dari segi duit jika mendapat bantuan kerajaan negeri. Kalau pasukan diuruskan dengan baik, 40,000, 50,000 penyokong boleh datang ke stadium bagi sokongan dan saya harap Selangor akan kembali gah semula," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...