Katanya, tindakan itu didorong rasa tanggungjawab rakyat terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
"Sebab itu ramai rakyat dari semua peringkat tolak parti yang umpan mereka dengan sogokan sebaliknya mereka beri sokongan kepada parti yang miskin dan tidak dapat hulur wang dan macam-macam lagi sogokan.
"Rakyat memberi sokongan kuat sehingga terjatuhnya sebuah kerajaan yang memerintah negara selama 61 tahun kerana sikap mereka (kerajaan terdahulu) yang bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada parti yang tamak untuk kumpul kekayaan sendiri," katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Harapan Negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir serta barisan pemimpin tertinggi parti komponen PH Kedah. - Bernama
Tun Dr Mahathir berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan kemelut pelantikan peguam negara.
Beliau berkata, sebarang keputusan akan dibuat mengikut perundangan dan merujuk kepada perlembagaan.
Menurutnya, pihaknya juga akan berpegang pada prinsip asas dan beroleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Usaha sedang dijalankan untuk selesaikan masalah ini, tiada manfaat untuk saya buat penjelasan sebelum usaha itu dibuat,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Kedah, di Seri Mentaloon, di sini, siang tadi.
Mahathir berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pencalonan Tommy Thomas sebagai peguam negara ditolak Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kerana beliau bukan Melayu dan Islam.
Mahathir turut membidas dakwaan kononnya Thomas dikaitkan dengan pemikiran sekular, seperti didakwa Pas.
“Saya tak ada dengar pula kenyataan sebegitu,” katanya.
Mengulas kaitan Thomas yang dikaitkan sebagai kroni Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyebabkan beliau diletakkan sebagai calon pilihan, katanya, hubungan kedua-duanya adalah sebagai peguam dan anak guaman.
"Kenapa orang ini tak bolehkah jika dia berbaik dengan Guan Eng. Walaupun dia peguam, tetapi untuk semua termasuk BN. Sebagai peguam, beliau terima kes untuk cari pendapatan,” katanya.
Mahathir juga tidak menolak cadangan untuk mengagihkan peranan peguam negara selain mengasingkan kuasa pendakwa raya.
“Ada cadangan supaya kita asingkan kepada dua peranan peguam negara, tetapi ia belum diputuskan,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan akan menggantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan individu lain bagi menjalankan tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan dan Pendakwa Raya.
Mahathir menyatakan keputusan menggantikan Peguam Negara sedia ada dibuat bagi membolehkan Apandi disiasat terhadap keputusannya yang disifatkan beliau sebagai salah, terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Sinar Harian