Presiden Amerika Tubuh Tentera Angkasa


AMERIKA SYARIKAT. Presiden Donald Trump semalam mengarahkan Pentagon menubuhkan ‘tentera angkasa’ baharu Amerika Syarikat (AS) yang bakal menjadi cabang keenam tentera Amerika dan memastikan ‘dominasi AS’ di angkasa.

“Saya mengarahkan Jabatan Pertahanan dan Pentagon memulakan proses untuk menubuhkan tentera angkasa sebagai cabang keenam angkatan tentera.

“Kita ada tentera udara dan kita juga akan mempunyai tentera angkasa berasingan tetapi sama tahap.

“Dalam mempertahankan Amerika, kewujudan AS di angkasa sahaja tidak mencukupi, kita mesti mendominasi angkasa,” kata Trump di White House, Washington DC, ketika permulaan mesyuarat ketiga Majlis Angkasa Nasional iaitu badan penasihat yang diketuai Naib Presiden Mike Pence

Setakat ini, perincian mengenai peranan tentera angkasa AS masih tidak jelas. - AFP