Powered by Blogger.

Thursday, June 7, 2018

Pengerusi Barisan Nasional Tidak Semestinya Jadi Ketua Pembangkang.


Jawatan Ketua Pembangkang dalam Parlimen tidak semestinya diberikan kepada Pengerusi Barisan Nasional atau kepada ketua parti pembangkang seperti mana yang dijadikan amalan sebelum ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin sebaliknya berkata, pengerusi perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula parti manakala tugas-tugas perundangan di Parlimen.

Ketua Pembangkang dipikul oleh pasukan lain yang dipandu mengikut pendirian serta polisi BN sebelum sidang pertama Parlimen yang dijadualkan bermula 16 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata dalam usaha mengukuhkah peranan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, tugas antara parti dan wakil-wakil rakyat di Parlimen juga perlu dipisahkan.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama.

“Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula BN, manakala tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul pasukan lain yang dipandu oleh pendirian dan polisi yang ditentukan parti BN itu sendiri.

“Langkah pertama adalah untuk memisahkan tugas antara parti BN dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen. 

Tambahnya, beliau bagaimanapun sedar BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah pembangkang yang berwibawa, namun tetap akan memainkan peranan untuk menyemak dan mengimbangi Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Khairy menghargai peruntukan RM100,000 yang diberi kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat BN seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam.

Selain itu, ahli Parlimen Rembau itu berkata selain pemilihan Ketua Pembangkang dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional, satu Kabinet bayangan juga perlu dibentuk untuk menyemak fungsi serta prestasi Kabinet sedia ada.

“Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa Menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas Menteri Kerajaan.

“Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah, terutamanya BN,” kata Khairy.

Biarpun BN kini mengalami defisit kepercayaan yang meluas dan tidak akan diterima serta-merta sebagai pembangkang yang berwibawa, namun ujar Khairy, itu tidak patut dijadikan alasan untuk mereka menolak tanggungjawab itu.

“Sebahagian besar daripada kami juga mengambil tanggungjawab bersama atas segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan yang lepas. Ini termasuklah diri saya selaku bekas anggota Jemaah Menteri.

“Namun demikian, tugas kami sebagai pembangkang mesti diteruskan. Biarpun ada defisit kepercayaan terhadap kami, BN mesti tampil untuk menyemak dan mengimbang Kerajaan PH, terutamanya di Parlimen demi mengukuhkan institusi demokrasi ulung yang dituntut dalam Malaysia baharu ini,” katanya lagi.