Skip to main content

Pelbagai Tuduhan Akan Dikenakan Ke Atas Najib.


Penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan adalah antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak susulan siasatan ke atas dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancaranya, Dr Mahathir memberitahu Reuters bahawa penyiasat sudah "mempunyai kes yang hampir sempurna" terhadap suspek utama yang menipu 1MDB dan menyalahgunakan berbilion ringgit wang negara.

Beliau juga menuduh Najib, yang telah mengasaskan 1MDB, sebagai berperanan utama.

"Dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab," kata Mahathir.

Selepas bersara sebagai perdana menteri pada tahun 2003 setelah 22 tahun berkuasa, Mahathir - yang berusia 92 tahun - terjun sekali lagi dalam politik tetapi kali ini menyertai pembangkang untuk menumbangkan Najib pada pilihan raya umum Mei lalu.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan yang tidak dijangkakan itu, Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan pembabitan Najib dalam operasinya.

Hasil daripada siasatan antikleptokrasi, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa lebih AS4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta itu dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi Najib.

Mahathir telah melarang Najib daripada meninggalkan Malaysia, dan polis telah menjalankan serbuah ke atas hartanah yang dikaitkan dengannya, sementara anggota SPRM juga telah merakamkan kenyataan kedua-dua Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, dan minggu lalu, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil wang dari 1MDB.

Jurucakapnya tidak dapat dihubungi segera untuk memberi komen. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut