Skip to main content

Pelajar 'Protes' Cikgu Pemalas


THAILAND-Zaman persekolahan merupakan zaman yang paling berharga bagi kita semua.Sudah semestinya setiap pelajar mempunyai guru kesukaan masing-masing,tidak kurang juga guru yang mereka tidak gemar.

Namun,pada masa dahulu jika seseorang pelajar tidak menyukai guru terbabait sudah pasti mereka tidak berani menyuarakan hasrat hati mereka.

Menurut laporan dari WORLD OF BUZZ,sekumpulan pelajar sekolah rendah ini berkumpul dan membuat protes untuk mengusir guru yang mereka tidak suka.Ianya bertujuan supaya guru terbabit dipecat.


Guru yang dikenali sebagai Chantana Sutaphanit ini dikatakan seorang guru yang pemalas dan menurut sumber guru ini juga dikatakan pergerangai tidak senonoh disebabkan itu lah murud-murid berkenaan tidak menyukainya.

Kejadian dilaporakan berlaku di Sekolah Rendah Anuban La-ngu, daerah Satun, Thailand.

Pada 21 Jun yang lalu murid-murid ini bertindak menunggu sehingga guru terbabit sampai di dalam perkarangan sekoah dan mereka mula mengangkat sempanduk sebagai tanda protes.


Sebaik sahaja guru terbabit sampai,murid-murid mula mengelilingi kereta guru berkenaan sambil memegang sepanduk yang bertulis

“Cikgu Chantana, pergi dari sini!” “Saya tak nak belajar dengan Cikgu Chantana!”

 "Kenapa kamu suruh anak saya urut kamu pada waktu persekolahan"?,guru terbabit tergamam apabila soalan itu diajukan kepadanya.

 Bagaimanapun,protes ini telah menarik perhatian pihak polis di kawasan terbabit selepas mendapat panggilan telefon yang melaporkan bahawa kereta guru itu di halang.


Protes ini dikatakan berakhir pada pukul 9 pagi dan tiada sebarang kecederaan dilaporakan berlaku.

Selepas dari insiden itu, pihak Bahagian Pendidikan telah mengadakan lawatan ke sekolah terbabit serta mendengar aduan dari pelajar yang menyatakan guru itu menggunakan bahasa kesat, mencucuk pelajar mengunakan pensil tajam dan mengabaikan tanggungjawabnya dengan bercakap menerusi telefon bimbit sewaktu pembelajaran berlangsung.

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...