Skip to main content

Orang Lain Jual Tapak Jalan TAR, Orang BERSATU Nama Rosak


Sekumpulan individu yang mengaku sebagai peniaga bazar di Jalan Masjid India hari ini menafikan dakwaan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bukit Bintang mengenakan bayaran tinggi bagi tapak perniagaan berkenaan.

Mohamad Azman Abdul Rahman yang mendakwa mewakili 40 peniaga bazar dikendalikan Ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abd Karim, menegaskan semua dakwaan berhubung salah laku yang turut melibatkan Anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun sebagai tidak berasas.

Menurut Azman lagi, dia ialah ketua bagi mengendalikan peniaga yang menyertai bazar berkenaan.

Katanya hanya 40 tapak saja yang digunakan berbanding 80 diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana terdapat kendera saji (food truck) yang beroperasi di situ.

"Tapak ini kita beri pada (peniaga) yang susah. Mereka tak perlu bayar apa-apa sebab semuanya telah dibayar.

"Jadi yang kata Sam (Noorhisyam) ini dapat RM400,000 (sebab menjual satu tapak dengan harga RM5,000) tak betul. Itu fitnah.

"Saya yang bertanggungjawab pasang khemah dan panggil peniaga ini masuk berniaga dalam khemah dan tidak mengenakan sebarang bayaran pun. Bayaran lesen yang dikenakan DBKL juga telah diuruskan oleh Setiausaha Kerja Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang, Saiful Akmal.

"Usaha yang dibuat oleh Noorhisyam untuk bantu kami yang tertindas selama ini. Fong juga beri sokongan untuk kami dapat berniaga," katanya kepada pemberita di Jalan Masjid India, lewat petang tadi.

Azman berkata demikian ekoran ada laporan mendakwa Noorhisyam mengenakan bayaran RM5,000 bagi satu tapak penjaja berbanding harga sebenar yang lebih rendah diluluskan DBKL.

DBKL meluluskan 80 lot tapak bagi menjalankan perniagaan selama sembilan hari. Untuk kesemua 80 tapak selama sembilan hari hanya berjumlah RM6,238.

Sehubungan itu, Azman berkata dakwaan yang wujud kononnya Noorhisyam mengambil duit sengaja ditimbulkan bagi mengelirukan perkara sebenar.

Ini kerana, Azman mendakwa wujud tapak bazar di lokasi lain - bukan di Jalan Masjid India - yang mengenakan bayaran tinggi kepada peniaga.

Malah, katanya, wujud juga kekeliruan ekoran individu yang didakwa melakukan 'penyelewengan' itu mempunyai nama sama dengan Noorhisyam.

"Terdapat orang lain yang nama sama yang lakukan penjualan tapak bazar. Tetapi Noorhisyam BERSATU Bukit Bintang pula yang kena fitnah.

"Lagipun kalau fikir logik siapa nak bayar RM5,000 untuk satu tapak selama lima hari? Khemah pun pihak saya belikan untuk bantu peniaga. Jadi tiada isu yang mendakwa berlaku kutipan sampai RM5,000 untuk satu tapak," ujarnya lagi.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Noorhisyam dan Fong terpalit dengan dakwaan menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgitkerana menganjurkan bazar Ramadan.

Dalam tinjauan Malaysiakini di sekitar Jalan Masjid India turut mendapati, peniaga yang menjalani perniagaan di kawasan tapak berkenaan dikehendaki membayar lebih RM3,000 untuk satu tapak.

Namun dakwaan berkenaan dinafikan Noorhisyam.

Ekoran itu juga, Noorhisyam serta Fong membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...