Skip to main content

Kita Cuba Tangkap Jho Low Tapi??? - Tun Dr Mahathir


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan pihak berkuasa negara ini sedang berusaha untuk menangkap tokoh perniagaan kontroversial berkaitan 1MDB Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini, Dr Mahathir walau bagaimanapun mendedahkan terdapat masalah dalam usaha itu kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang tidak disebutkan di mana Low dipercayai sedang bersembunyi.

"Kami sedang berusaha menangkap Jho Low tetapi dia tidak berada dalam negara dan kami tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang dia tinggal itu," kata Mahathir ketika diminta mengesahkan laporan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Low.

Ditanya mengenai alasan di sebalik untuk menahan Low, Mahathir berkata ia berdasarkan siasatan pihak berkuasa terhadap peranannya dalam skandal 1MDB.

Sebelum ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata tiada alasan untuk mereka tidak hadir membantu siasatan kes berkaitan SRC International.

Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil bakal berhadapan tindakan undang-undang jika mereka gagal hadir membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak mahu mengulas tentang tindakan apa yang akan dikenakan terhadap kedua-dua mereka (Jho Low dan Nik Faisal sekiranya tidak hadir), apa yang saya tahu mereka mesti hadir tanpa memberi sebarang alasan.

"Oleh itu, SPRM menggesa mereka untuk hadir membantu siasatan kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua mereka dikehendaki hadir dan diminta tampil segera menghubungi SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Nik Faisal Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.

Jho Low, 37, yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 pula mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SRC International ialah anak syarikat 1MDB, sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...