Skip to main content

Kerajaan Sekarang Hasil Sokongan Kuat Rakyat - Dr Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembentukan kerajaan baharu Pakatan Harapan merupakan hasil sokongan rakyat yang kuat.

Beliau berkata kejayaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan usaha beliau seorang sahaja,

Sebaliknya, beliau berkata sokongan kuat di akar umbi telah mengatasi pelbagai rintangan sehingga pemerintah sebelum ini gagal menyelamatkan diri.

“Inilah demokrasi yang bermakna rakyat bebas memilih kerajaan mereka jika mereka mendapati kerajaan sudah usang dan tidak sesuai, hanya dengan cara mengundi kita dapat menukar kerajaan kita.

“Kita tidak perlukan keganasan, peperangan dan permusuhan antara rakyat ,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Sebagai pemerintah, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu sedar apabila rakyat tidak mahukan mereka lagi maka, adalah lebih baik pemerintah mengambil berat pandangan rakyat.

“Dengan pertukaran kerajaan, sokongan luar biasa dan perpaduan semua kaum, negara akan menjadi aman dan kita dapat pulih semula negara ini dan menyelesaikan masalah hutang negara yang berbilion ringgit yang dilakukan pemerintah terdahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata dengan kerjasama rakyat, keselamatan dan keamanan negara, kerajaan Pakatan Harapan akan dapat memulihkan negara supaya semua rakyat dapat hidup tanpa tertekan dengan kezaliman kerajaan.

“Inilah hasrat kerajaan Pakatan Harapan... mudah-mudahan kami dapat tunaikan janji-janji kami kepada rakyat,” katanya.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftri ini merupakan yang pertama selepas Pakatan Harapan mencatatkan kemenangan pada PRU14. - Bernama

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...