Skip to main content

Kerajaan Australia Bersubahat Sokong Kesalahan Najib.


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Australia bersubahat menyokong rasuah kerajaan BN dahulu yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan Malaysiakini, dalam wawancara bersama Radio ABC Australia, Anwar berkata ini kerana kerajaan negara itu pada masa lalu sentiasa membuat kenyataan yang "amat menyokong" pentadbiran Najib, misalnya menggambarkan Malaysia sebagai demokrasi yang segar dan sederhana.

Anwar turut membangkitkan penahanan Sirul Azhar Umar oleh pihak imigresen Australia, selepas meninggalkan Malaysia ekoran dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.

"Sudah tiba masanya Australia menerima hakikat sebahagian dasar luarnya jelas telah dicemari, dan dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai bersubahat, atau toleran, terhadap tindakan jenayah dan rasuah," kata Anwar kepada Radio ABC.

"Jadi saya fikir pihak berkuasa Australia perlu memastikan hal ini dibetulkan dan ia bermakna dia (Sirul) perlu dibenarkan untuk pulang," katanya lagi.

Pada masa sama, beliau mengakui Sirul dilaporkan menyatakan kerisauan tentang keselamatan dirinya jika kembali ke Malaysia dan sekali lagi dibicarakan.

Ditanya sama ada beliau merasakan Australia salah dalam menahan Saiful, Anwar berkata semua prosedur perlu dipatuhi, termasuk menjamin perbicaraan yang adil.

"Anda tidak boleh adakan perbicaraan jika seorang itu ditahan di tempat lain," katanya.

Sebelum ini Sirul menawarkan untuk memberi maklumat berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan syarat diberikan pengampunan penuh untuk pulang ke Malaysia.

Kemudian Dia menarik semula tawaran itu dalam satu wawancara dengan The Guardian, Sirul yang kini tahanan Imigresen Australia berkata mahu kekal di negara itu.

"(Anggota Parlimen Bukit Gelugor) Ramkarpal Singh mahu saya dipenjara seumur hidup. Saya tak mahu pulang. Orang kata: 'Jangan beri pengampunan'. Saya akan dibunuh di penjara," katanya ketika ditanya kesanggupan untuk pulang jika hukumannya diringankan.

Pada 2015, Sirul dan Azilah Hadri dihukum mati atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri.

Azilah ketika ini menunggu untuk menjalani hukuman di penjara, tetapi Sirul lari ke Australia tiga tahun lalu.

Kerajaan BN sebelum ini tidak mengekstradisinya atas sebab undang-undang Australia tidak mengiktiraf hukuman mati.

"Gesaan untuk membuka semula kes Altantuya timbul selepas kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14.

Pada 19 Mei, Sirul memberitahu Malaysiakini bahawa dia sanggup pulang dan membantu kes itu jika diberikan pengampunan penuh.

Ramkarpal kemudian berkata kerajaan tidak perlu melayan permintaan itu kerana masih ada saksi lain yang boleh membantu kes.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan dapat mengurangkan hukuman Sirul kepada penjara seumur hidup bagi membawanya pulang.

'Saya bukan orang jahat'

Dalam wawancara itu, Sirul enggan mengulas ketika ditanya sama ada maklumat yang ada padanya dapat membantu siasatan baru.

Dia juga enggan mengulas sama ada dia dapat mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Sebelum ini Sirul dilaporkan berkata menjadi kambing hitam dalam jenayah politik yang rumit dan pendakwa di Malaysia memilih untuk tidak memanggil beberapa saksi.

Dia juga mengakui membawa Altantuya sebelum "menyerahkannya kepada Azilah ketika perjalanan".

"Saya bukan orang jahat, tetapi kes itu membuatkan saya seperti orang jahat," katanya lagi. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...