Skip to main content

Jho Low Sedia Bantu Siasatan 1MDB Dan Arah Peguam Hubungi SPRM.


Ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bersedia membantu dalam siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jho Low memberitahu sudah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa agensi berkenaan mencari beliau untuk membantu siasatan 1MDB.

"Melalui laporan media bertarikh 7 Jun 2018 (hari ini), Low maklum SPRM meminta bantuannya,

"Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Jho Low dalam satu kenyataan e-mel," katanya.

Pada 18 Mei lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, meminta Jho Low pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Susulan itu, beliau segera mengarahkan peguam untuk berhubung dengan SPRM hari ini berkenaan bantuan tersebut," kata kenyataan satu perenggan itu.

SPRM hari ini meminta Jho Low dan peguam Nik Faisal Ariff Kamil tampil bagi membantu siasatanterhadap SRC International Sdn Bhd.


Daim yang juga bekas Menteri Kewangan menegaskan Jho Low ada individu terpenting dan utama bagi membantu siasatan 1MDB

Mereka dikatakan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dikehendaki pihak berkuasa sejak siasatan terhadap SRC International dan 1MDB bermula pada 2015.''


Sementara itu, SPRM kenyataannya di sini, hari ini berkata, meminta dua individu tampil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dua individu berkenaan adalah Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47, dan Jho Low, mereka dipercayai berada di luar negara.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut