Skip to main content

Hukuman Sirul Mungkin Ditukar Kepada Penjara


Hukuman mati ke atas bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar kerana membunuh Altantuya Shaariibuu mungkin diganti kepada hukuman penjara seumur hidup bagi membolehkan dia dibawa pulang ke negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana undang-undang Australia menetapkan untuk tidak membenarkan orang yang berdepan hukuman mati keluar dari negara itu.

“Sirul tak boleh balik sebab Australia tidak benarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati pulang, ia undang-undang yang mereka guna.

“Kita mungkin akan batalkan hukuman gantung sampai mati tapi digantikan dengan hukuman penjara supaya beliau boleh kembali ke tanah air,” katanya.

Mahathir turut menafikan laporan The Guardian bahawa Malaysia telah membuat permohonan untuk mengekstradisi Sirul.

"Kita tidak mohon (dengan kerajaan Australia) untuk ektradisi Sirul," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra hari ini

Ditanya adakah kerajaan Malaysia akan membuka semula kertas siasatan kematian Altantuya, Mahathir berkata pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita akan mempertimbang perkara itu,” katanya.

Sebelum ini Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Malaysia untuk mengekstradisi bekas Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan dengan pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 20 Oktober 2006.

Menurut sumber The Guardian, kerajaan Malaysia baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan kerajaan Australia untuk meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia.

Ia juga difahamkan mendapat lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya selain dipercayai Sirul akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan.

Laporan The Guardian itu turut dikongsi Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran di laman Twitternya pada Jumaat.

Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul sebagai tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri (tertuduh pertama) selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Bagaimanapun pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan selepas membenarkan rayuan pendakwa raya dalam kes itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Tertuduh didakwa membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...