Skip to main content

Calon Peguam Negara Mesti 'Peduli Raja Dan Peduli Islam - UMNO


Perkembangan mutakhir memperlihatkan isu pemilihan Peguam Negara perlu dilaksanakan secara bijak dan berhemah selaras dengan kepentingan dan kemaslahatan agama Islam. 

Ia juga harus melalui proses tanggungjawab meluas dalam kerjaya undang-undang kekananan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sesuai dengan perkembangan kesedaran agama yang sihat di kalangan orang Malaysia dan di peringkat global. 

Dalam keadaan negara kita berprinsipkan Raja Berperlembagaan, adalah wajar jika calon Peguam Negara itu mempunyai sikap 'peduli Raja, peduli Islam'.

Peduli Raja bermaksud memahami, menghormati dan mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu. 

Peduli Islam ertinya calon itu mestilah orang Islam dan mempunyai kefahaman serta penghayatan Islam sepenuhnya termasuk hal-ehwal undang-undang syariah.

Ini adalah kerana banyak perkara berkaitan perundangan memerlukan persetujuan Peguam Negara.

Sudah pasti jika calon yang tidak memahami, menghormati dan mendaulatkan kepentingan Institusi Raja-Raja Melayu, dia tidak akan menginsafi prinsip ini. 

Akan begitu mudah menyetujui tindakan yang boleh mendatangkan mudarat besar kepada keyakinan rakyat terhadap institusi diRaja.

Dari segi perundangan syariah pula, kebijaksanaan Peguam Negara (melalui Bahagian Syariah di AGC) memastikan tindakan pentadbiran dan pemurnian perundangan Syariah dapat dilaksanakan secara berkesan.

Berdiplomasi tinggi kerana ia turut melibatkan 'prerogatif Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama'.

Oleh itu, amatlah wajar bagi Peguam Negara memahami prinsip pentadbiran undang-undang syariah di negara. 

Ini adalah penting agar tidak berlaku kepincangan dalam pelaksanaan perundangan di negara ini yang membabitkan masyarakat pelbagai kaum. 

Kemurnian amalan sedia ada ini perlu dikekal dan dipertahankan.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Strategik, Ibu Pejabat Umno. - Malaysiakini.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut