Skip to main content

Bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno Keluar Parti




Selepas veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar daripada Umno kini giliran Bekas ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota parlimen bebas.
"Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018 dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumkan keluar daripada parti Umno bersama-sama dengan pengikut setia saya dan saya akan menjadi ahli parlimen bebas

"...bagi maksud yang telah dinyatakan iaitu untuk menjadi ahli parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak Kerajaan sebagai “check and balance” atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan HARAPAN tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.

"... dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh parlimen yang efektif," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati tidak bertanding dalam pemilihan Umno yang berakhir semalam. Pada PRU14, lalu beliau menang kerusi Anggota Parlimen Masjid Tanah.

Sebelum ini bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.

Menurut Syed Hamid beliau kecewa dengan perjuangan UMNO menegaskan ideologi serta falsafah parti itu sudah diselewengkan.

Menurutnya lagi, UMNO sudah tidak demokratik, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, malah lebih parah parti itu mementingkan diri sendiri.

Beliau yang secara rasminya mengumumkan keluar dari UMN, tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.

Untuk maklumat Barisan Nasional Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama 3 parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak meninggalkan gabungan itu untuk membentuk pakatan baru dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia termasuk Parti Gerakan memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden parti itu pada 23 hari bulan 6 lepas, Dominic Lau selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, yang berkata keputusan "sebulat suara" itu dicapai mengikut kehendak akar umbi parti. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...