Awas !! 5 Produk Kecantikan Di Sahkan Mengandungi Bahan Terlarang


Sudah pasti kebanyakkan daripada wanita diluar sana mahu kelihatan cantik,putih dan flawless sebelum tibanya Hari Raya yang bakal menjelma lagi beberapa hari sahaja.

Namun,ada juga yang mengambil jalan singkat dengan menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan terlarang meskipun mereka sudah sedia maklum dengan isi kandungan berbahaya yang terkandung di dalam produk tersebut.

Oleh sebab itu,wanita-wanita diluar sanan di nasihakan supaya lebih peka dan berhati-hati dalam memilih produk yang berkuliti dan selamat untuk digunakan.

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan,terdapat lima jenis produk berbahaya yang masih lagi berada di dalam pasaran.

Kelima-lima produk itu disahkan mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri,hydroquinone dan tretinoin yang boleh menyebabkan muka seseorang itu rosak apabila digunakan.

Jadi mari kita lihat kelima-lima produk tersebut:-

Pertama, Deeja Cosmetic Star Cream yang dipercayai mengandungi hydroquinone dan tretinoin.



Kedua, Deeja Cosmetic Vogue Cream,mengandungi merkuri.


Ketiga, Deeja Krim Nano (Night),mengandungi merkuri.



Keempat, Miracle White (Brightening Cream),mengandungi merkuri.






Kelima, Deluxe Beauty (Ultra Lightening Cream),mengandungi merkuri

 
Di dalam laporan tersebut juga ada menyatakan sekiranya sesebuah produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin ianya perlu didaftarkan di bawah kategori bahan yang terkawal.

Selain itu,produk itu juga hanya boleh diguna pakai jika telah mendapat kelulusan daripada doktor profesional.

Sekiranya seseorang itu mengunakan produk yang mengandungi hydroquinone secara berterusan,ianya boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan,kulit terlalu sensitif dan perubahan tona kulit.

Bahan berbahaya ini juga boleh mengurangkan proses pigmentasi untuk melawan sinar UV berbahaya sekali gus ianya boleh menyebabkan risiko kanser kulit kepada seseorang.

Bagi produk yang mengandungi tretinoin pula,ianya digunakan bagi merawat masalah jerawat dan kedutan pada wajah.

Penggunaanya secara berlebihan akan membuatkan kulit seseorang itu mengelupas kerana terlalu kering dan amat sensitif terhadap sinaran cahaya matahari.

Jadi diharapa wanita diluar sana bijak dalam memilih produk-produk bagi penjagaan muka.Jangan nanti menyesalah dikemudian hati.Sumber-Kementerian Kesihatan.Editor-Sofia