Powered by Blogger.

Thursday, June 7, 2018

Apa Yang Dibincankan Oleh Zahid Dan Tun Dr Mahathir Selama 40 Minit???


Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ini merupakan pertemuan pertama antara pemimpin tertinggi UMNO itu bersama Perdana Menteri sejak kerajaan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Ahmad Zahid turut memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di laman sosial Twitter dan Instagram peribadinya.

"Pertemuan tersebut berkisar tentang perbincangan mengenai perkembangan semasa politik negara.

"Pertemuan ini pastinya didambakan oleh semua pihak dan kami berterima kasih di atas layanan mesra Tun Mahathir," kata Ahmad Zahid ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan intipati pertemuan selama lebih 40 minit itu.

"Pertemuan juga ada berkait dengan isu-isu masa lampau, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua," katanya.

Ahmad Zahid kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Beliau dijangka pulang ke Malaysia sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
 

Siang tadi Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pemangku presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional di Putrajaya.

Zahid merupakan pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden memuatkan gambarnya bersama Perdana Menteri itu dalam laman Twitter pagi ini.

"Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua," katanya dalam mesej bersama gambar berkenaan.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri BesarTerengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.

Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.

Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.