Skip to main content

Aiman Hakim Label Skrip Drama Malaysia hanya 'Sampah', Undang Perhatian Pengarah Drama Nur


Beberapa hari lepas seorang pelakon lelaki yang dikenali menerusi drama Vinila Coklat iaitu Aiman Hakim Ridza telah membuat satu kenyataan panas mendakwa bahawa di Malaysia terdapat banyak skrip drama yang tidak berkualiti dan hanya 'sampah'.

Malah Aiman juga seolah-olah seperti tidak kisah jika dia disenarihitam dari mana-mana penulis skrip selepas membuat kenyataan tersebut.

Kenyataan panas tersebut telah mendapat perhatian daripada pengarah drama Nur,iaitu Shahrulezad Mohameddin.

Penulis skrip terkenal itu menulis "Hehehe..yang budak ni gelabah tenuk sangat kenapa?
At least abam ada gak berdoa semoga dia bertemu dengan skrip yg bagus. Dan skrip yg bagus tu tak semestinya dari abam sbb abam tahu abam bukan lah bagus mana pun. Banyak lagi script writer2 kat luar sana macam Mira Mustafa, Maizura Mohd Ederis, Alfie Palermo dll (just to name a few) yg hebat hebat. InsyaAllah kalau ada rezeki dia berpeluang lah berlakon dengan skrip derang. Cuma dia kena bertanggungjawab dan bijak lah pilih project. BUKAN SEMUA SKRIP KAT LUAR SANA TU SAMPAH. Ni belum apa apa dah kata abam ngan kak Erma Fatima ni indenial perasan bagus tu dah kenapa setan. Puiii.And I am officially blacklist pelakon berlagak macam ni.BTW sengaja abam screenshoot soalan dari reporter semalam yg bertanyakan issue ni dari abam. Abam hanya menjawab soalan yg diberi so korang nilaikan lah sendiri lah yek."Errr...kalau abam nak tarik balik doa tu aci tak?"tulisnya.



Reakis pelakon berkenaan telah mengundang rasa meluat bagi sesetengah pihak dengan melabelkan dia seorang artis yang sombong dan hanya mahu mencari publisiti murahan sahaja memandangkan beliau tidak mempunyai rezeki dalam mendapatkan skrip yang terbaik,namun ianya tidak bermakna skrip dalam setiap drama di Malaysia ini adalah skrip 'samapah' seperti yang didakwa oleh pelakon lelaki berkenaan.


Ternyata Aiman tidak berdiam diri dengan kenyataan penulis skrip tersebut membalasnya di insta storynya dengan menulis "Tak perlu panggil orang syaitan or nak tarik balik doa dan sebagainya.Awak bukan tuhan.Stop acting like one.Itu namanya ego.Jadi kita bicang secara orang dewasa".

Beliau juga menyatakan bahawa media sosial bukanlah tempat yang sesuai untuk berdebat soal ini. Sumber- Shahrulezad Mohameddin.Editor-Sofia


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...