Wanita Ini Terima Azab Masa Dalam Koma Akibat Ingkar Perintah Tuhan


Sudah tentu rata-rata umat Islam menantikan saat untuk menjejakan kaki ke tahan suci bagi menunaikan ibadah haji di sana.Lebih seronok lagi jika dapat ke tanah suci bersama seluruh ahli keluarga.

Ternyata banyak pantang larang yang perlu kita jaga sewaktu berada di sana suupaya sentiasa menjada adab dan tingkah laku.

Ini adalah cerita sebenar yang telah diceritakan oleh seorang ustazah pembimbing haji. Namun,bukan lah untuk membuka aib seseorang itu ianya hanya sebagai satu pengajaran kepada kita semua.

Mari ikuti kisahnya:-

Penjadi seorang pembimbing jemaah haji bukan lah mudah seperti apa yang anda semua bayangkan.Hampir 9 tahun menetap di Mekah dan pada masa yang sama ustazah ini akan menguruskan jemaah haji dan umrah.Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah dilaluinya sepanjang menjadi pembimbing haji.

Tetapi ada satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya sehingga ke hari ini.


Ianya berlaku terhadap seorang jemaah haji wanita berusia dalam lingkungan 30-an semasa dia mengikuti rombangan haji.

Sebai sahaja jemaah wanita itu dan rombangan haji yang lain tiba di Lapangan Terbang Jeddah,ustazah tersebut menyambut kehadiran mereka dengan sebuah bas.



Ada diantaranya sudah dekat 5 kali menunaikan haji ,ada juga yang baru pertama kali menjejakkan kaki di tanah suci ternyata semuanya kelihatan bergitu teruja.

Kesemua rombongan haji menaiki bas tersebut menuju ke Madinah dengan lancar.Tiba di Madinah,satu eprsatu jemaah haji menuruni bas.

Sehingga lah sampai giliran wanita tersebut tiba-tiba dia terjatuh dan tidak sedarkan diri sebaik sahaja menjejakkan kaki di tanah Madinah.

Oleh kerana ustzah tersebut adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikan jemaah,dia beregegas ke arah wanita itu dan ada yang mengatakan bahawa jemaah wanita itu sakit.

Menurut ustazah ini badan wanita itu menggigil dan panas.Apa yang membuatkan keadaan menjadi cemas adalah wanita ini tidak sedarkan diri.

Risau dengan kejadian itu,ustazah tersebut dan beberapa jemaah haji yang lain membawanya ke rumah sakit Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Tetapi,jemaah wanita ini masih tidak membuka matanya.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor,namun semuanya gagal.Oleh kerana,ustzah ini adalah pembimbing haji dia terpaksa meninggalkan wanita tersebut di hospital namun,ustazah itu sentiasa mengikuti perkembangannya dengan menelefon pihak hospital.

Meskipun,sudah dua hari berlalu dia masih tidak sedarkan diri.Disebabkan itu ustazah tersebut menjadi sedikit cemas kerana kejadian seumpa itu adalah pertama kali berlaku.

Setelah dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya dan terus memeluk erat ustazah berkenaan sambil menangis.

Pada waktu itu,ustazah tersebut bertayakan mengapa dia menagis.

“Ustazah … saya taubat Ustazah. Saya menyesal, saya takkan berbuat lagi hal-hal yang tidak baik. Saya bertaubat, betul-betul bertaubat.”

Tidak lama kemudia jemaah wanita itu membuka mulut dan menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepadanya.Ianya perlu di jadikan pengajaran kepada kita semua.

Menurut wanita itu dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki orang kulit putih namun mereka terlampau lali sehingga mengikuti pengaruh barat seperi meminum minuman keras dan bergaul bebas.

Lebih menyedikan wanita ini mengakui bahawa dia tidak peranh bersolat,berpuasa dan segala amalan ibadah tidak pernah dilakukan seperti mana yang diperintahkan Allah swt.

Sewaktu dia menagis,wanita itu ada menceritakan bahaw sepanjang di koma dia telah disiksa dengan azab yang betul-betul siki dengan segala kesalahan yang telah dilakukannya.

Ustazah itu terkejut dan beranggapan itu adalah belasan nya atas segala perbuatan lampaunya.Wanita itu juga mengakui sepanjang hidupnya dia tidak pernah bertudung dan sebabkan itu sama koma dia telah ditarik msauk ke dalam bara api.

Hampir sepanjang koma dia disiksa atas perbuatan lampau.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sadarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Buah yang tak berisi melainkan hanya duri-duri saja, tapi disebabkan teringin memakannya akibat lapar.


Bila ditelan buah-buah itu, duri-durinya menusuk kerongkongan dan bila sampai ke perut terasa menusuk perut. Sedangkan jari yang tertusuk jarum pun terasa sakitnya.

Oleh sebab itu,wanita ini telah berjanji sekiranya dia dihidupkan semua dia mahu kembali ke jalan Allah dan memperbetulkan segala kealpaanya.Editor-Sofia