Skip to main content

Tun Dr Mahathir Ikrar Kembalikan Kegemilangan Malaysia.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.

Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, beliau menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara "tidak lagi dipandang tinggi" negara lain.

"Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi.
 

"(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya," katanya.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.

Seperti yang diumumkan Mahathir sebelum ini, hadirin tidak lagi disambut dengan slogan "salam 1Malaysia" yang menjadi kelaziman pentadbiran BN.

Beliau turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.
 

"Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap salah.

"Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang," katanya lagi.

Sebagai sebuah negara demokrasi, katanya lagi, aspek pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku.
 

"Ini kita mesti ingat, pentadbir menjadi tangan yang kuat dalam melaksanakan urusan dan bangunkan negara. Pentadbiran mesti terdiri daripada mereka yang baik dan tidak terpesong.

"Tanpa pemisahan (kuasa), satu pihak akan menguasai ketiga-tiga (aspek)," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.

"Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama," katanya lagi  - Malaysiakini 
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...