Najib Perlu Jelaskan Mana Hilang RM33 Bilion Duit 1MDB Terbesar Dalam Sejarah.


Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.

"Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak patut bertanggungjawab ke atas skandal rasuah 1MDB yang juga melibatkan 'bail out' (suntikan dana kerajaan) yang paling besar dalam sejarah negara bagi menyelamatkan syarikat pelaburan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim mengulas kenyataan Najib pada 25 Mei 2018 yang menyangkal 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bail out" (suntikan dana) daripada kerajaan BN sebelum ini.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng menyifatkan 1MDB sebagai 'bail out' yang terbesar dalam sejarah negara.