Skip to main content

Kasut Bayi Pun Diambil, Apa Kaitan Dengan 1MDBn - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menerima layanan-layanan yang tidak sepatutnya walaupun menyerahkan kuasa pentadbiran kerajaan Persekutuan dengan baik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai seorang yang mengamalkan dan percaya kepada prinsip demokrasi, beliau menerima keputusan rakyat pada PRU-14.

Pertama kali berucap di hadapan khalayak selepas PRU-14, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ada pihak mengatakan beliau tidak akan menyerahkan kuasa dan mengisytiharkan darurat jika Barisan Nasional (BN) tewas namun perkara itu tidak berlaku.

"Saya tiada niat di hati nak buat Mageran. Saya serah kuasa dengan baik. Walaupun bila saya serah kuasa dengan baik, saya tidak terima layanan-layanan yang baik.

"Sebaliknya, saya terima tekanan demi tekanan termasuk melibatkan isteri dan anak-anak saya. Tempat tinggal anak saya digeledah, kasut bayi pun diambil. Hadiah perkahwinan anak saya pun diambil.

"Apa kena mengena isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kasut anak saya dan hadiah perkahwinan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan cawangan-cawangan dan pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly dan barisan kepemimpinan UMNO bahagian itu. - UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut