Skip to main content

Isu UITM Hindraf Tidak Pernah Tuntut Apa-Apa, Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Yang Sebenar.


Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menegaskan pertubuhan itu tidak membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy juga menafikan bahawa pertubuhan itu mempunyai nama Hindraf 2.0.

Beliau berkata, P Uthayakumar yang merupakan Ketua Umum Hindraf 2.0 sudah tidak terlibat dengan sebarang aktiviti bersama Hindraf sejak 2008 atas tujuan mahu menubuhkan parti politik miliknya sendiri.

“Hindraf mahu memperbetulkan bahawa kami tidak pernah menghantar sebarang memorandum atau tuntutan terhadap kerajaan, Majlis Penasihat Kerajaan atau Jawatankuasa Pembaharuan Institusi seperti yang dilaporkan media.

“Tindakan Uthayakumar itu menyebabkan kekeliruan, rasa marah, benci di kalangan rakyat,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Hindraf selama ini berjaya dalam kempen Tiada Undi Untuk BN sejak dua tahun lalu ditambah dengan kerjasama bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sejak setahun lalu sehingga Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Saya mahu katakan dengan jelas kepada Uthayakumar. Peperangan menumpaskan BN sudah berakhir. Dia perlu menghentikan konfrontasi itu dan menyertai orang lain yang bekerja kuat untuk membina Malaysia baharu.

“Mahathir juga sudah memberi komitmennya kepada Hindraf untuk membantu menyelesaikan isu-isu selama ini dan Hindraf sedang bekerjasama bersamanya dengan pemimpin tertinggi Harapan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mempelawa Uthayakumar supaya menyertai Hindraf secara rasmi.

“Mewujudkan kekeliruan dengan dua nama pertubuhan yang hampir serupa tidak mendatangkan sebarang kebaikan terhadap perjuangan sekian lama Hindraf,” katanya. 

Sebelum Ini Harian Metro Melaporkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan tanah seperti rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah.

Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar berkata, HINDRAF 2.0 turut menuntut supaya Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu supaya dibuka untuk semua kaum terutama untuk kaum India dari golongan B75.

“Kita mahu 20,000 lot tanah seperti FELDA seluas dua hektar setiap satu lot yang ditanam sawit dan ternakan lembu liar, peluang skim pemilikan tanah dilengkapi rumah serta kemudahan asas.

“Kami juga menuntut kerajaan PH memberikan hak milik 20,000 lot tanah seluas 0.8 hektar bagi tujuan ternakan lembu atau kambing berserta rumah dan kemudahan.

“Ia termasuk peluang 15 peratus untuk golongan B75 bagi tawaran kemasukan ke universiti awam, politeknik, UiTM dan Tadika Permata setiap tahun,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum mengandungi 25 tuntutan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini.

Memorandum itu diterima Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd Yusof.

Tuntutan lain HINDRAF 2.0 ialah 20,000 lesen dan permit kerja bagi projek kerajaan, lesen penjaja kecil, memberikan taraf warganegara kepada warga India tidak memiliki dokumen diri.

Ia termasuk menangani isu kemiskinan golongan B75, isu pengsngguran, masalah jenayah, mengurangkan pengambilan pekerja warga asing, pemberian tanah seluas 0.8 hektar kepads kuil dan tanah seluas empat hektar bagi tanah perkuburan Hindu.

Uthayakumar berkata, kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad wajar menimbang dan mengambil kira tuntutan HINDRAF 2.0 selepas 80 peratus pengundi India menyokong PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...