Erry Putra Dikecam Netizen Gara-gara Baju Melayu Baju Melayu For Breastfeeding Fathers


Pelakon,penyanyi dan kini bergelar seorang usahawan berjaya,Erry Putra atau nama sebenarnya Mohd Razlan bin Hamzah @ Ahmad di lahirkan pada 3 anuari 1978 sedang sibuk menguruskan perniagaan baju Melayunya semperna menyambut Hari Raya yang bakal menjelma.

Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi dan ahli kumpulan Boyz R' Us. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama seperti Selamat Pagi Cinta (2008) dan Si Capik (2009-2011).

Usahawan ini dikatakan telah mengabungkan tiga elemen dalam rekaan baju Melayunya agar kelihatan unik dan berbeza dengan baju Melayu yang lain.

Disebabkan keunikan itu ada segelintir netizen mengatakan bahawa baju Melayu tersebut sama seperti baju untuk menyusukan bayi.


Elemen yang ada pada baju Melyunya berkonsepkan elemen kurta dalam masyarakat India,dan dibahagian kolarnya pula hasil idea dari pakaian masyarakat Cina iaitu samfoo.Pada bahagian dalam nya pula rekaan bajunya masih mengekalkan elemen Melayu.

Baju Melayu tersebut telah mendapat perhatian daripada netizen namun Erry hanya menganggap itu adalah ujian buatnya dalam bidang perniagaan melalui Insta Storiesnya.

Dalam pada itu Erry juga mengatakan bahawa stok baju Melayu tersebut sudah pun mula susut dan kini telah mendapat sambutan hebat dikalangan peminatnya.Editor-Sofia