Skip to main content

Pasal Air Kencing Mata Boleh Jadi Merah Kalau Berenang Dalam Swimming Pool


Tahukah anda, kenapa apabila kita mandi di dalam kolam renang ataupun kawasan air mandi berkolam mata kita akan merah?

Punca simtom berkenaan adalah kerana kolam mandi berkenaan terutama kolam mandi awam yang anda berenang atau selam telah dicemari dengan air kencing yang terlalu banyak.

Perkara ini didedahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan sebuah institut kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, menurut mereka kebanyakkan orang orang percaya mata merah dan pedih berkenaan adalah hanya kerana klorin yang dimasukkan ke dalam kolam, tetapi mereka silap kerana berdasarkan kajian ia adalah kerana campuran klorin, air kencing, peluh, kotoran dan juga najis.

Jika kolam berkenaan dicemari kotoran-kotoran ini, ia akan menyebabkan mata anda merah seperti tidak cukup tidur seminggu.

Untuk mengenal pasti kolam berkenaan adakah dicemari kotoran ini, bau airnya kuat di mana sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap ia bau klorin.

"Bau klorin di dalam kolam renang anda mandi sebenarnya bukan bau klorin."

"Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah bahan kimia yang terbentuk apabila klorin bercampur dengan najis, kencing, peluh dan kotoran dari badan-badan perenang," kata Chris Wiant, pengerusi Kualiti Air Amerika Syarikat dan Majlis Kesihatan.

Jika kolam berkenaan dicemari ia bukan sahaja membuatkan mata anda merah, ianya amat berbahaya kepada pesakit asma dan selain menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, kolam-kolam terbuka berkenaan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai di mana kebanyakkan perenang ini akan membuang air kecil di dalam kolam itu semasa berenang.

Menurut pakar-pakar U.S. Healthy Swimming Program , campuran-campuran air kencing dan bahan kotor lain boleh menyebabkan terhasilnya gas beracun yang boleh menjejaskan sistem saraf, jantung dan paru-paru.

Berdasarkan kejadian yang dilakukan oleh CDC ia adalah bergantung kepada kepekatan dan berapa lama seseorang terdedah kepada kepada pencemaran berkenaan di mana semakin lama anda terdedah risiko gangguan asma dan masalah kulit untuk masalah saraf dan cirit-birit boleh berkembang.

Dari kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Universiti Purdue yang terletak di Indiana, bukan sahaja air kencing, peluh atau najis, tetapi juga bahan kimia farmaseutikal yang datang daripada alat solek, bahan pencegah serangga dan krim pelindung matahari yang digunakan oleh sebahagian perenang sebelum mereka berenang.

Masalah ini bukan sahaja tersebar dengan menyedut udara malah menurut penyelidik dari universiti berkenaan berkata ia boleh merebak melalui pemakanan apabila selepas mandi, badan perenang akan dipenuhi air mereka terus makan. Ia juga merebak melalui penyerapan kulit menyebabkan mereka boleh jatuh sakit.

Untuk mengelakkan perkara ini, Michele Hlavsa iaitu ketua U.S. Healthy Swimming Program berkata, perenang hanya perlu menggunakan kolam untuk berenang, jika hendak buang air kecil pergi ke tandas dan bagi mereka yang hendak berenang tetapi sebelum itu sudah bersolek, mandi terlebih dahulu dengan membersihkan bahan solekan

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut