Cara-cara nak buat En suami tersenyum kembali. Maklumlah
perkahwinan mesti ada suami dan isteri, kalau selalu kita dengar isteri merajuk
jangan terkejut mahkluk bernama suami pun kadangkala ada juga rajuknya.
Berbeza dengan rajuk sang isteri, Orang lelaki walau merajuk dia ada ego tak banyak pun sikit
mesti ada. Bukan susah sebenarnya nak pujuk suami sebenarnya.
Ok, ini tips-tips bagi isteri-isteri yang tengah pening
fikir cara nak pujuk suami merajuk.
1 - CARI WAKTU YANG SESUAI
Bisanya benda panas mesti kita kena tunggu sejuk dahulu baru
boleh pegang kan?? Macam tu la juga bila apabila orang marah, kita kena tunggu
waktu dah sejuk sikit dahulu barulah
kita boleh cuba untuk dekati.
2 - BIAR DIA LUAHKAN
Bagi suami luahkan apa yang terpendam dalam hati, kalau dia
tengah luahkan jangan menyampuk, dengar betul-betul jangan melawan dan cuba
hadam apa yang di luahkan. Bila dia dah keluarkan, mungkin rajuknya reda
sedikit.
3 - MENGALAH BUKAN KALAH
Suami dan isteri haruslah saling melengkapi antara satu sama
lain barulah hubungan rumahtanga tu aman. Kalau dua-dua ego , dua-dua nak
tegakkan hujjah , dua-dua tak nak mengalah debat , binasa lah perhubungan. Biar
mengalah dulu. Mengalah tu kan bukan kalah. Mengalah tu menang. Dia yang tengah
marah tu yang tak boleh kawal perasaan dia , dia tidak kuat sebenarnya walaupun
badan, lengan dan perut berketak, tapi lemah dengan hawa nafsu,, nafsu amarah
4 - BIAR SAMPAI DIA SIMPATI
Kalau hidang makanan kat dia , dia tak nak makan , dia tolak
pinggan sampai pecah berderai sekalipun , takpe , sabar. Berhari-hari di buat
tak layan? Takpe, teruskan doa dan rutin pujukan anda. teruskan hidang makanan
atau lipat stok pakaian yang bertimbun (di hadapan dia) atau gosok (seterika)
baju dia banyak-banyak untuk persediaan seminggu terus ke, In sya Allah , moga
dia terbuka hati dan lahir secebis simpati , terharu dan belas bila tengok
usaha anda yang berterusan itu. In sya Allah , lembut juga hatinya yang ego dan
keras
5 - MINTA MAAF
Dahulukan minta maaf. Biarlah isteri (mungkin) tak bersalah
pun , ingat, anda akan menang besar jika dahulukan minta maaf dan mengalah.
Ikut skill masing-masing nak minta maaf. Tulis sekeping nota ke dalam bekal sandwich dan letakkan dalam
kereta senyap-senyap tanpa dia sedari. Haa kan ada elemen surprise situ. Suami
sampai pejabat , sedar-sedar je dalam kereta ada bekal sandwich , bila buka
bekal tu , nampak pulak nota, cair jugak la sikit
6 - SENTIASA CANTIK DAN BERHIAS
Anda memang sudah cantik di pandangan mata dan hati suami.
Sentiasalah pasang badan, tampil cantik-cantik depan suami , dalam rumah, bukan
masa di luar rumah sahaja. Kat luar , nak tunjuk pada siapa? Nak suruh siapa
puji? Ikhlas ke pujian orang luar tu? Nak pakai sendat-sendat , seksi dan
lawa-lawa, bermaskara , gincu 40 inci , sembur perfume , pakai la dalam rumah.
Pasang lagu hindustan , geletek sikit dia dan ajak menari , kejar-mengejar
pusing meja makan , pun boleh. Jangan lupa , set cantik shaklee pun ada ye
7 - GUNA ANAK
Bagi yang ada anak , boleh manfaatkan strategi guna anak
ini. Mungkin boleh suruh anak tanyakan soalan-soalan menyentuh perasaan kepada
si ayah. Contohnya : ” ayah , ayah dah tak sayangkan kaklong ke?” , “kenapa
ayah marah-marah , adik takut lah” , “ayah , kesian ibu tidur sorang-sorang ,
nanti ibu nangis hantu datang cekik”
8 - JANGAN TERLALU MENYIASAT
9 - GUNA ORANG TENGAH
Orang tengah bukan sebarang orang tengah. Tak perlu
menceritakan segala-galanya hal rumah tangga. Tak perlu canang seluruh dunia
masalah anda. Itu aib. Jaga maruah anda. Kalau diarajuk berpanjangan dan anda
temui jalan buntu , mungkin jalan terakhir anda perlu jumpa orang tengah. orang
yang disegani sang suami. Orang yang anda percaya , mungkin suami akan dengar
nasihatnya. Jangan salah orang pula. Selidik dulu. Mungkin emaknya. ustaznya ,
pak ngahnya ?
Bahagia itu , kita yang pilih! Editor : John Castello