Satu video berdurasi 42 saat menunjukkan satu kejadian kemalangan yang dikatakan berlaku di sebuah stesen minyak di Kota Marudu.
Video ini dikatakan telah menjadi viral di media sosial bermula semalam.
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang awam yang datang untuk mengisi minyak serta turut kelihatan juga seorang pekerja stesen minyak terbabit sedang melakukan kerja sambil mencangkung di suatu tempat.
Namun, beberapa saat selepas itu, kelihatan sebuah kereta jenis Toyota Hilux berwarna putih sedang mengundurkan keretanya berdekatan dengan tempat pekerja terbabit melakukan kerja.
Apa yang mengejutkan adalah kereta terbabit dilihat semakin mengundurkan kereta miliknya dengan laju sehingga melanggar pekerja terbabit.
Tanpa sempat mengelak, pekerja terbabit dilihat sudah berada di bawah kereta tersebut.
Orang awam yang berada di tempat kejadian dilihat bergegas memberitahu pemandu kereta terbabit supaya ke hadapan kerana dia telah melanggar seseorang.
Dapat dilihat, pekerja terbabit cuba untuk bangun menyelamatkan diri dan mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
Dalam pada masa yang sama, kelihatan pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita bergegas turun untuk memeriksa keadaan mangsa.
Berkemungkinan, pekerja terbabit mengalami kecederaan di bahagian kepalanya. Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Editor: Maya