Video: Kalau Tak Bagi Rokok Dia Akan Menangis.


Zaman kanak-kanak yang sepatutnya dididik dengan perkara yang baik musnah apabila terjebak dengan rokok gara-gara terpengaruh dengan orang dewasa.

Video yang berdurasi selama 42 minit memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menghisap rokok yang diberi oleh ibunya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai warga Indonesia berdasarkan cara percakapan orang dewasa dalam video tersebut.

Reaksi kanak-kanak berkenaan menghisap rokok dengan cara menghisap dan memegang rokok seperti sudah biasa merokok.

Menurut ibu kanak-kanak itu sekiranya tidak dapat merokok dia akan menangis. Editor:Anna