Skip to main content

Posisi Tidur Melambangkan Sikap Sebenar Diri Anda


Setiap manusia tidur dengan posisi yang berbeza dan mempunyai kebiasaan tidur dengan posisi yang selesa.

Tentu ramai yang tidak tahu bahawa posisi tidur boleh menentukan watak seseorang. Berikut adalah beberapa fakta mengenai watak seseorang yang boleh ditentukan melalui posisi tidur.

Posisi pertama adalah tidur terlentang dengan tangan dan kaki terbuka lebar. Posisi ini menunjukkan anda adalah pencinta kebebasan dan sukakan kecantikan serta seorang yang boros(tetapi mujurlah mempunyai pendapatan yang baik). Anda juga mempunyai sifat yang kurang baik seperti sombong dan suka bergosip.


Posisi kedua adalah, tidur terlentang dengan kaki menyilang. Individu yang tidur dengan posisi ini dikatakan taksub dengan diri sendiri dan susah untuk menerima perubahan. Keutamaan anda adalah bersendiri, namun kualiti penebusan adalah toleransi.


Posisi ketiga adalah tidur telentang dengan tangan mengalas kepala. Individu yang tidur dengan cara ini adalah seorang yang cerdas dan bersemangat untuk belajar. Kadang-kadang individu ini mempunyai idea yang 'gila-gila' yang susah untuk orang lain terima. Anda sangat mengambil berat tentang keluarga anda namun anda sukar membuat pilihan mengenai orang yang anda sayang.


Posisi ke empat adalah tidur terterap iaitu perut di bahagian bawah. Individu yang tidur dengan posisi ini adalah orang yang berfikiran sempit dan ego kerana suka memaksa orang untuk memenuhi kemahuan anda. Anda juga seorang yang suka bertindak melulu dan akhirnya fikiran menjadi kusut.


Posisi kelima adalah tidur mengiring ke kiri atau kanan. Posisi ini menunjukkan anda seorang yang mempercayai diri sendiri. Anda sering bersemangat dalam setiap apa yang dilakukan dan mendapat keberhasilan. Individu yang tidur menghadap sisi kanan dengan lengan kanan mengalas kepala mereka dikatakan akan diberkati dengan kekayaan dan kekuasaan.


Seterusnya adalah posisi tidur mengiring dan membengkokkan badan. Posisi ini menunjukkan individu tersebut mempunyai perasaan cemburu, egois, dan seorang pendendam. Orang sekeliling anda akan berbicara dengan penuh berhati-hati kerana tidak mahu anda teringgung.


Selain itu, tidur mengiring berbaring di atas satu lengan. Anda seorang yang lembut, sopan, jujur dan penuh kasih sayang. Bagi anda tiada yang sempurna dan anda akan bangunkan rasa percaya diri dan belajar untuk menerima kesalahan atau ketidaksempurnaan.


Posisi kelapan adalah tidur mengiring dengan satu lutut bengkok. Individu ini suka merengek dan mengeluh serta sering gugup. Anda seorang yang mudah tegang dan gembira di atas perkara yang remeh. Anda seorang yang santai dan menganggap kehidupan bukanlah sesuatu yang berlebihan.


Posisi lain adalah tidur sambil memeluk. Anda seorang yang kesepian dan tertekan kerana taksub dengan kegagalan dan kisah lalu. Anda merasa ragu-ragu sehingga memberi orang lain kesan bahawa kasih sayang telah hilang dalam hidup anda.


Posisi terakhir adalah tidur sambil menutup keseluruhan anggota badan dengan selimut. Anda mungkin nampak bergaya di hadapan umum, namun anda sebenarnya seorang yang pemalu dan lemah. Anda suka menyimpan banyak rahsia termasuk masalah yang anda hadapi. Sekiranya mempunyai masalah anda akan pendam tanpa meminta bantuan orang lain dan tidak hairan sekiranya anda menangis dalam tidur. Editor:Anna


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...