'Mayat Hidup' Terbaring Di Tepi Parit


SUNGAI BESAR: Telah kecoh di media sosial semalam apabila seorang saksi dipercayai telah menjumpai ‘mayat’ seorang lelaki yang terdampar di tepi parit berdekatan dengan Pasar Pasar Awam Sungai Besar.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak bomba namun apabila tiba di tempat kejadian, lelaki yang berumur 40-an itu segera bangun meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan berada di bawah pengaruh dadah dan turut terjatuh ke dalam parit berkenaan ketika hendak mengambil air.

Berdasarkan maklumat daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan berkata, sebaik sahaja panggilan diterima sebanyak tujuh anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi itu, kita mendapati lelaki berkenaan terdampar di tepi parit berdekatan pasar berkenaan.

"Anggota kemudian bertindak turun menyeberangi parit itu untuk menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun, dia tiba-tiba sedar dan bangun lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, lelaki yang mabuk berkenaan itu dilihat hanya memakai seluar pendek paras lutut tanpa memakai baju. Sumber: Harian Metro, Editor: S