Lelaki Maut Ditembak Anggota Polis Yang Menyangkakan iPhone Yang Dipegangnya Sepucuk Pistol


Dua orang anggota polis di Sacramento telah melepaskan tembakan ke atas seorang lelaki yang berusia 22 tahun kerana menyangka lelaki itu memegang sepucuk pistol.

Berdasarkan sebuah rakaman CCTV Polis mengejar mangsa yang bernama Stephon Clark yang berlari masuk ke dalam kawasan sebuah rumah. Apabila diminta berhenti , dia berpaling dan polis melihat sesuatu objek yang panjang di hadapannya berada di tangan mangsa dipercayai sepucuk pistol lalu beberapa das tembakan dilepaskan ke atas Clark kerana anggota polis tersebut bimbang akan keselamatan mereka. 

Namun selepas melakukan siasatan ke atas mayat mangsa dan kawasan rumah terbabit tiada sebarang senjata ditemui, malahan mereka menemukan sebuah telefon bimbit berjenama iPhone.

Insiden tembak itu bermula apabila pihak polis menerima laporan seorang lelaki sedang mencuba untuk memecah cermin tingkap sebuah kereta dan telah bersembunyi di salah sebuah rumah.

Selepas menerima panggilan berkenaan pihak polis pergi ke rumah tempat clark bersembunyi.

Dalam rakaman CCTV tersebut kedengaran pihak polis menyuruh Clark mengangkat tangan namun dia memilih untuk melarikan diri sebelum beberapa das tembakan dilepaskan oleh anggota polis sehingga nyawanya terkorban.

Clark adalah seorang bapa yang mempunyai dua orang anak kini telah meninggal dunia.

Ketika mesyuarat Majlis Bandaraya dijalankan pada malam Selasa lalu, penganjur Black Lives Sacramento berkata mereka memerlukan jawapan dan anggota polis yang terlibat mestilah di lucutkan jawatan kerana ia adalah sesuatu yang tidak adil.

Kes tembakan ini menimbulkan kemarahan dalam masyarakat setempat dan kecewa kerana sistem keadilan negara gagal mendakwa pembunuh terbabit.

Kes ini masih dalam siasatan lanjut dan tindakan akan dilakukan selepas siasatan selesai. Sumber: Daily Intelligencer , Editor:Anna