Skip to main content

Keistimewaan Anak Pertama Yang Mungkin Kita Tak Tahu


Anda merupakan anak pertama didalam keluarga? Tahukah anda menjadi anak sulung didalam keluarga ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri dan boleh dikatakan unik. Mungkin juga orang lain tidak mengetahuinya di sini kita akan bongkarkan rahsia tentang anak sulung ya.

Kebanyakkan anak pertama sering dijadikan contoh buat adik-adiknya di dalam keluarga. Disebebkan itu lah anak sulung mempunyai perwatakan yang agak berlainan sedikit dengan adik beradik yang lain.

Pertama,anak sulung merupakan penasihat yang baik.

Anak pertama sememangnya sudah terbiasa melihat tingkah laku adik beradik nya lain.Jadi anak sulung lebih kepada menbaca karakter adik beradiknya yang lain. Selain itu,anak sulung juga sering mengantikan tempat ibu nya semasa ketiadaan ibi dirumah. Dari pengalaman inilah anak sulung sudah terbiasa memberi nasihat kepada adik-adiknya sekali gus menjadi penasihat yang bagus.


Kedua,kuat

Kebanyakkan anak sulung selalunya kuat bukan sekadar kuat daripada luaran malah dari segi dalaman juga mereka ini ternyata kuat. Jika mahu di bandingkan dengan adik-adik yang lain, mereka ini lebih kuat dalam menghadapi segala masalah nya sendiri.

Ketiga, berkelakuan baik

Apabila kita perhatikan anak sulung mereka ini jauh lebih cermat dan jarang sekali kita jumpa anak pertama yang berkelakuan nakal jika ada hanya 1/8 daripada anak pertama yang dianggap sukar mendengar kata. Selalunya anak pertama memiliki tingkah laku yang baik dan sopan kerana mereka ini sering menjadi perhatian kepada adik beradik yang lain.



Keempat, sangat pertihatin.

Tidak heran lah jika anak sulung mempunyai perwatakan sebegini kerana mereka selalunya akan menjadi pengganti kepada ibu. Ada sesetengah daripada anak sulung seorang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata namun dalam diam mereka sebenarnya sedang memerhatikan sahaja tingkah laku adik-adiknya. Anak pertama juga mudah memahami keadaan sekeliling kerana mereka mempunyai sifat perihatin dan peka.

Tidak dinafikan juga ada sesetengah daripada anak sulung tidak memiliki sifat sebegini antara sebabnya mungkin mereka pernah mengalami truma atau kehendak mereka tidak ditunaikan. Disebabkan itulah mereka menjadi nakal atau terlebih manja kerana ibu bapa tidak memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk di pikul.

Kelima, lebih memilih untuk diam.


Selalunya apabila anak pertama dimarahi mereka lebih memilih untuk diam.Lebih-lebih lagi jika anak sulung itu adalah seorang perempuan. Bagi mereka, diam akan membuatkan mereka lebih tenang dan dapat berfikir buat seketika. Oleh sebab, bersifat diam dan tidak melawan ketika dimarahi oleh ibu bapa anak sulung akan sentiasa dihormati oleh adik beradik yang lain.

Keenam, lebih kreatif.


Tahukah anda bahawa anak pertama seorang yang kreatif.Sejak kecil lagi mereka ini sering ditanya pelbagai soalan daripada adik-adiknya tidak kiralah dari segi pembelajaran atau hal-hal yang lain. Di sebabkan itu lah pola pemerikiarn mereka lain kreatif dan lebih berkembang untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapinya.

Ketujuh, akan cuba sedaya upaya untuk mencapai target di dalam hidupnya.

Kebanyakkan anak pertama merupakan harapan keluarganya. Oleh sebab itu, mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai target di dalam hidupnya. Selain itu, mereka juga merupakan tempat untuk orang tuanya bergantung apabila mereka sudah mempunyai kerja yang bagus. Jika anak pertama mampu mancapai target didalam hidup nya tentu sahaja mereka akan menjadi contoh yang baik terhadap adik-adiknya.

Kelapan, anak sulung memiliki sifat "Perfectionist" yang tinggi.

Kebanyakkan anak sulung memang mengutamakan sempurnaan di dalam hidup mereka. Ianya terjadi kerana mereka sudah terbiasa melakukan pelbagai perkara dengan sempurna tanpa ada cacat cela nya.Memang, tekanan ini menyebabkan beberapa anak pertama menjadi tertekan, namun tak dinafikan mereka menjadi kuat dari segi fizikal dan mental.

Kesembilan, ego.

Rata-rata anak pertama sangat ego dan tidak mahu mengalah. Namun sikip ini akan perlahan-lahan menghilang apabila anak sulung itu meningkat dewasa.Lagi-lagi jika anak sulung itu adalah anak perempuan. Walaupun mereka degil atau ego namun anak pertama tetap dengan pendiriannya.

Kesepuluh, selalu jatuh sakit.


Disebabkan anak sulung lebih memilih menyiapkan tugasannya dalam keadaan sempurna,mereka juga sering diberikan tugasan yang banyak ditempat kerja. Mungkin disebabkan fakto ini lah mereka lebih mudah jatuh sakit kerana tidak cukup rehat.

Kesebelas, sentiasa menjadi orang tengah dalam pergaduhan.


Jika anda merupakan anak sulung perempuan di dalam keluarga anda maka anda harus bijak dalam menenangkan keadaan yang kucar kacir. Oleh itu, anda sentiasa menjadi orang tengah ibu dan ayah dalam membentuk keperibadian adik-adik kamu.

Kedua belas,bijaksana.


Kebanyakkan anak sulung merupakan orang yang bijak. Inilah sifat anak pertama, matang dan mempunyai banyak pengetahuan. Anak pertama dapat memberikan nasihat yang bijak kepada adik-beradiknya, dan anak pertama bertindak sebagai penasihat kepada adik-adiknya.

Ketiga belas, menjadi kesayangan orang tua nya.


Bukan sebab anak pertama ini banyak membantu orang tuanya tapi mereka merupakan tanda cinta pertama ibu dan ayah yang dilahirkan dimuka dunia ini. Jadi,mereka akan sentiasa menjadi perhatian dimata orang tuanya. Sebenarnya ibu bapa kita sama sahaja membahagikan rasa kasih dan sayang mereka terhadap anak-anak. Cuma kadang kala kita sahaja yang merasakan ibu dan ayah seperti memilih kasih terhadap anak yang lain.Editor: Ila Hakimi

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...