Kantoi !! Anak Gadis Michael Jackson Lesbian


Anak perempuan  kepada "Raja Pop Dunia" Michael Joseph Jackson atau lebih dikenali sebagai Michael Jackson iaitu Paris Jackson dikatakan telah menjalinkan hubungan sejenis dengan aktres terkenal Hollywood, Cara Delevingne.

Menurut laman portal Dailymail, mereka berdua sememangnya sudah lama bersama,namun kisah mereka tidak terlampau menjadi perhatian umum sehinggalah mereka memuat naik satu video di laman Instagram milik Paris yang menyaksikan kemesraan mereka.

Selain itu juga, video pendek tersebut turut mendedahkan mereka sedang menonton filem berunsur LGBT di komputer riba milik Paris.Jelas sekali kemesraan mereka berdua dapat dilihat.

Pada mulanya, video tersebut hanya menampakkan mereka berdua hanya menggunakan aplikasi "filur-filter dan kemudiannya Cara telah menukarnya kepada kamera belakang ,lalu menampakkan cerita yang tidak sepautunya ditonton oleh mereka berdua sedang dimainkan di komputer riba tersebut.Sumber: Dailymail .Editor: Ila Hakimi