Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Sumbang Mahram Dengan Adik Sendiri Hingga Ada Anak


Seorang wanita yang dikenali sebagai SJ, 25, membuat perkongsian mengenai rumah tangganya yang baru sahaja dibina akan berakhir dengan memilukan.

SJ mengetahui suaminya mempunyai hubungan mahram bersama adik kandungnya (adik ipar SJ) hingga memiliki seorang anak.

Sesama mereka bernikah Sj sama sekali tidak mengetahui bahawa suami dan adik iparnya mempunyai hubungan sumbang mahram.

“Kami bercinta selama 2 tahun sebelum pergi ke hubungan yang lebih serius “menikah”,saya mengetahui dia tinggal bersama adik perempuannya yang meiliki seorang anak Oku”

“Tidak ada yang janggal yang saya rasakan hinggalah di hari majlis pernikahan kami.Hal pertama yang saya rasakan adalah apabila adik perempuannya tidak pernah berani menatap saya,di wajahnya jelas terpancar kemarahan,cemburu dan dendam”

“Perasaan saya semakin tidak enak apabila sesi bergambar satu keluarga,wanita itu menyuruh suami saya untuk mendukung anaknya”

“Hari berlalu kejanggalan-kejanggalan mulai bermunculan ketika kami tidur di hotel sama,dan juga rumahnya,setiap pagi adik ipar saya selalu menghubungi suami meminta untuk pulang segera degan alasan yang di buat-buat”

“Kami pun pulang kerumah,tapi apa yang berlaku adalah,suami saya hanya di suruh untuk menjaga anaknya manakala ibunya asik bermain Hp di ruang tamu”

“Perasaan saya semakin memanas apabila suami saya disuruh untuk membuat susu dan juga mengganti baju anak itu”

“Saya sempat bertengkar dengan suami atas hal itu,namun pada akhirnya saya mengalah kerana kasihan melihat anak yang baru berusia 5 tahun itu,ditambah lagi dia anak Oku”

Sj berkata perangai suaminya semakin hari semakin pelik dan lelaki itu pernah keluar dari rumah jam 3 pagi semata-mata mahu pergi kerumah adiknya itu.

Sehingga suatu hari Sj dapat menangkap suaminya itu bersama adik iparnya sedang tiddur di ranjang yang sama tanpa pakaian. Selepas daripada kejadian itu Sj meminta suaminya memberi penjelasan.

Alangkah terkejutnya si isteri mendengar pengakuan suami yang telah menjalin hubungan sumbang mahram bersama adik kandungnya sehingga memiliki anak.

Lebih memilukan lagi apabila Sj mengadukan hal tersebut kepada mertuanya, mereka seolah-olah menyalahkan Sj kerana telah merosakkan hubungan haram itu.

Ketika ini Sj telah menuntut cerai di pengadilan agama untuk mengakhiri perkahwinannya dengan suami. Kes penceraian mereka hampir selesai dan lagi dua hari mereka akan naik ke mahkamah

Sebelumnya SJ Telah menularkan kisahnya dilaman media sosial,namun di padam semula dengan alasan tertentu,akan tetapi pihak pemberita menemui SJ bagi meminta izin untuk menceritakan semula kisahnya tentu sebagai pengajaran kepada orang lain. Sumber:Eberita